Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kesatuan Eropah sebulat suara iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
#1
[Image: map2.jpg]

BRUSSELS – Persidangan Anggota Kesatuan Eropah (EU) yang berlangsung semalam sebulat suara memutuskan bahawa Parlimen Eropah menerima pakai resolusi yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.


Palestin memperoleh 498 undi sokongan manakala 88 lagi menolak ketetapan tersebut.

Menurut kandungan resolusi itu, anggota kesatuan menyokong pengiktirafan prinsip kenegaraan Palestin dan penyelesaian kemelut dengan Israel itu, perlu mengikut garis sempadan yang dipersetujui pada 1967.

Sebelum ini, beberapa negara anggota EU telah mengambil langkah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan Sweden menjadi negara pertama yang membuat pengiktirafan itu secara rasmi Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Palestin turut membentangkan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB bagi mendesak Israel menghentikan pencerobohan ke atas wilayah diduduki mereka.

Resolusi itu turut mendapat sokongan daripada Jordan yang turut mengesa perdamaian antara Israel dengan Palestin dicapai menjelang 2017.

Draf tersebut secara rasmi telah diserahkan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan untuk diundi selepas 24 jam daripada tempoh penyerahan.

Sebanyak sembilan undi diperlukan untuk resolusi itu diluluskan sekaligus memaksa Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto jika ingin membatalkannya.

Selain Jordan, Perancis, Britain dan Jerman juga sebulat suara menyokong rundingan damai Palestin-Israel dimuktamadkan dalam tempoh dua tahun.

Palestin mahukan negara sendiri di wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel dan genting Gaza dengan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu negara.

Semua wilayah berkenaan ditakluki Israel dalam perang pada tahun 1967.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)