Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kerajaan timbang ambil alih operasi AES
#1
[Image: image.jpg]

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mempertimbangan untuk mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem AES daripada syarikat pengendali sedia ada menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, perkara itu telah dibawa kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang di Pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

"Isu besar yang mendapat perhatian ramai adalah pihak luar yang mengutip saman AES itu, jadi kita mendengar keluhan rakyat.

"Kami sangat telus dalam memastikan matlamat asal pemasangan AES iaitu untuk keselamatan orang ramai kerana statistik menunjukkan kawasan yang diletakkan kamera AES sifar kemalangan.

"Segala cadangan masih lagi diteliti, kita perlu lihat kapasiti penguatkuasa, kewangan, bincang dengan Peguam Negara, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), PDRM dan sebagainya. Ini tugas saya untuk koordinasikan hasil keputusan EC, saya pasti akhirnya boleh melegakan ramai pihak," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Untuk rekod, Redflex Traffic Systems Pty Ltd yang diwakili Beta Tegap Sdn Bhd dan ROBOT Visual Systems yang diwakili ATES Sdn Bhd dianugerahkan tender pembekal perkhidmatan AES.

Dua syarikat ini adalah senarai pendek daripada sembilan syarikat yang menyertai tender terbuka yang dibuat pada 2007.

Sehubungan itu menuurut Hishammuddin lagi, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukan hala tuju dan peluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi.

Menerusi mesyuarat itu juga turut memutuskan AES akan diselaraskan dengan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang.

Menurut Hishamuddin, pelaksanaan AES merupakan satu usaha terbaik dalam mendidik dan memberi peringatan kepada pengguna jalan raya di negara ini.

"Pemasangan 14 kamera AES, secara keseluruhannya mencatatkan kadar penurunan saman sehingga 65 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2013 dari segi kesalahan memandu melebihi had lalu," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya lagi, Ops Selamat yang dilancarkan pada 1 hingga 15 Ogos lalu telah mencatatkan 258 kes kemalangan maut iaitu meningkat sebanyak 14.2 peratus berbanding 226 kes tahun lalu.

Hishamuddin berkata, peningkatan itu juga disebabkan jumlah kenderaan yang semakin banyak dan sikap pemanduan rakyat Malaysia sendiri.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berpuas hati dengan perjalanan projek KLIA2 dan yakin bahawa projek itu akan siap seperti yang ditetapkan sebelum ini.

"Timbalan saya telah memantau perjalanan projek secara dekat dan saya juga akan turun dalam masa terdekat. Kita mahu tegaskan bahawa kerajaan serius untuk pantau perkembangan projek KLIA2," katanya.
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)