Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kerajaan perlu import sendiri lembu hidup
#1
[Image: image.jpg]

ALOR SETAR - Kerajaan wajar mengimport sendiri lembu hidup bagi mengatasi krisis kenaikan harga lembu dan daging yang dijangka berlaku dua bulan lagi dan kritikal menjelang Oktober.

Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, langkah itu penting bagi menjamin bekalan lembu dan kestabilan harga daging di pasaran.

Menurutnya, jika berlaku, ia akan menimbulkan masalah kepada semua pihak khususnya menjelang bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri serta Aidiladha.

Justeru, kerajaan perlu mengambil inisiatif mengimport lembu hidup melalui agensi yang sesuai seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Biasanya lembu diimport oleh syarikat tertentu sebelum dijual kepada beberapa pemborong tempatan. Pemborong pula akan jual kepada peruncit untuk dipasarkan kepada pengguna," katanya pada sidang media selepas meninjau harga daging di pasar besar di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika kerajaan sendiri mengambil alih sebagai pengimport, kemungkinan manipulasi harga dapat dielakkan.

"Lembu yang diimport kerajaan boleh dibekalkan terus kepada peruncit tanpa melalui orang tengah yang akan menyebabkan harga meningkat.

"Krisis ini mungkin berlaku disebabkan kekurangan bekalan lembu import dari Australia dan kenaikan harga lembu Thailand. Tetapi ia tidak menjadi masalah dan kerajaan boleh memilih negara baru untuk mendapatkan bekalan seperti New Zealand dan Brazil yang banyak menternak lembu," katanya.

Menurutnya, harga seekor lembu kini dalam lingkungan RM3,000 hingga RM4,000 manakala daging dijual antara RM26 hingga RM29 sekilogram (kg).

Beliau mendakwa orang tengah membeli lembu hidup dari pengimport sekitar RM10.20 dan RM12 sekilogram sebelum menjual dengan harga lebih tinggi kepada peruncit.

Mengenai tinjauan, Yusuff berkata, harga peringkat pengimport untuk lembu dari Thailand dijual pada harga RM12 sekilogram dan lembu Australia RM10.20 sekilogram.

"Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk memanipulasi harga," katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)