Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kerajaan cari jalan pengguna tidak dikenakan tol EDL
#1
JOHOR BAHRU 9 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mencari jalan terbaik supaya pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di negeri ini tidak dikenakan tol.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan telah mendengar rungutan rakyat berhubung perkara itu, malah ia juga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Perundingan Ekonomi Negara baru-baru ini.

“Sebelum ini, mengikut konsep asalnya mereka yang tidak menggunakan laluan EDL terpaksa membayar tol tetapi kerajaan mendengar keluhan rakyat itu.

“Kita akan cari jalan supaya masalah tersebut dapat diselesaikan. Pengumuman mengenai perincian perkara itu akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Sutera Mall, Skudai dekat sini malam ini.

sumber
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)