Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kerajaan akan bantu sedaya upaya
#1
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menghargai pertimbangan khas kerajaan Sweden untuk membenarkan empat anak pasangan Malaysia yang sedang ditahan di negara itu pulang ke tanah air.

Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan, pertimbangan khas tersebut amat sukar diperoleh sebelum ini.

Namun, menurut beliau, kerajaan Sweden memberi persetujuan untuk membenarkan anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal pulang ke Malaysia atas dasar hubungan baik antara dua negara serta semangat yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.

"Yang penting, supaya mereka dapat terlepas daripada tekanan-tekanan. "Saya juga telah dimaklumkan bahawa ibu bapa mereka telah bersetuju supaya anak-anak itu ditempatkan bersama ibu dan bapa saudara di Kelantan," ujarnya.

Perdana Menteri memberitahu, kerajaan akan berusaha sedaya upaya membantu Azizul Raheem dan Shalwati mempertahankan kes mereka.

"Kita terpaksa terima hakikat bahawa ada undang-undang khas yang telah wujud di Sweden, jadi kita terpaksa mengambil tindakan untuk mempertahankan ibu bapa mereka berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan kaedah tertentu," katanya.

Najib turut menjelaskan, insiden yang melibatkan Azizul Raheem, Shalwati dan empat anak itu amat menyentuh perasaannya sebagai seorang bapa. Sementara itu, Rosmah berkata, beliau pernah terfikir untuk menghadap Raja dan Permaisuri Sweden sekiranya Aishah serta adik-adiknya tidak dapat pulang ke Malaysia.

Menurut beliau, pasangan diraja Sweden itu dikenali di atas sifat keprihatinan mereka terhadap kanak-kanak dan rakyat. "Alhamdulillah, sebelum saya sempat sampai ke situ, Hamzah telah berjaya bawa mereka balik," ujarnya.

Rosmah juga menyatakan kesediaan beliau dan Najib membantu empat kanak-kanak terbabit sambil berharap mereka dijaga dengan baik oleh saudara mara di Kelantan.

[Image: dn_01.1.jpg]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)