Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Keputusan rayuan kes bunuh Altantuya 13 Januari
#1
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari ini keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lalu.


Notis berhubung tarikh keputusan rayuan tersebut diterima oleh pihak pendakwaan dan pembelaan dari pejabat Mahkamah Persekutuan semalam.

Rayuan akhir kes itu didengar oleh panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop serta Tan Sri Suriyadi Halim Omar selama tiga hari mulai 23 Jun tahun lalu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada sabitan dan hukuman gantung yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Azilah, 39, dan Sirul Azhar, 44, didakwa membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.

Kedua-duanya yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman kejadian menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)