Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Keluarga Sufian merisik Elfira
#1
[Image: 19620017_241494229690642_4870303_o.jpg.transform.jpg]

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufian Suhaimi, mengaku keluarganya merisik teman akrabnya yang juga pelakon, Elfira Loy, di kediaman gadis terbabit di Cheras, semalam

Kedua-dua artis itu turut berkongsi sedikit bayangan majlis berkenaan menerusi rakaman langsung di Insta Story.

Majlis merisik dengan pemberian cincin tanda itu juga sebagai simbolik kepada hubungan yang terjalin di antara mereka, yang mula akrab kira kira empat bulan lalu.

"Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin)," kata penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terakhir itu.

Sufian berkata, beliau cuma mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hubungannya dengan Elfira.

"Rasanya memang semua sudah tahu kami memang rapat. Lagipun kami bukan budak sekolah untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang menyamankan kerana saling memahami.

"Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi.

"Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik," katanya.

Sementara itu, Elfira juga percaya majlis merisik yang berlangsung sebagai tanda kesungguhan Sufian untuk membawa hubungan mereka ke fasa serius.

"Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi.

"Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami," katanya.

Memberi contoh, Elfira memberitahu, isu Sufian dituduh kononnya mengganggu isteri orang melalui aplikasi Bigo, Ramadan lalu, jejaka itu pantas membuat laporan polis selain menjelaskan perkara sebenar kepadanya.

"Apa saja tak kena, kami memang perlu berkomunikasi. Dia menghubungi saya dan Mama maklumkan keadaan sebenar. Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami.

"Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada. Insya-Allah," katanya.

Sepanjang Ramadan lalu juga, mereka turut diundang secara berdua untuk menjayakan beberapa acara, termasuk ke Korea.

"Ia atas permintaan penganjur juga. Lagipun senang kerana saya seorang pelakon dan pengacara dan dia (Sufian) pula penyanyi. Ia sedikit sebanyak memudahkan atur cara majlis," katanya.

Kisah hubungan intim mereka bukan lagi rahsia. Masing-masing turut terbuka berkongsi gambar berdua.

Elfira pernah menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23, Mac lalu daripada Sufian. Malah Elfira juga mengejutkan ulang tahun ke-25 tahun Sufian, Mei lalu, dengan mengajaknya menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir lelaki berkenaan di Seremban.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)