Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kelahiran Semula Legenda Honda EX5
#1
Thumbs Up 
[Image: image.jpg]

BUKAN perkara yang mudah untuk kekal segar dalam pasaran. Setiap produk mempunyai kitaran hayatnya sepertimana teori Raymond Vernon pada tahun 1966. Ahli ekonomi itu telah menyatakan setiap produk akan melalui empat peringkat iaitu tahap pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan.

Apa yang peliknya, Honda EX5 yang diperkenalkan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) pada 1987 seakan-akan tidak akan melalui proses kemerosotan. Hal ini turut mengejutkan pihak Honda sendiri setelah mendapati barisan produknya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Model EX5 generasi pertama di Malaysia cukup berjaya. Model itu menjadi kegemaran oleh segenap lapisan masyarakat kerana faktor ketahanan, ekonomi dan prestasinya yang baik. Tidak kira di kawasan bandar mahupun di kampung-kampung, ada sahaja model EX5 menyelusur di jalan raya.

Baru-baru ini, Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Dream EX5 110 di Genting Highlands, Pahang. Ia merupakan generasi ketiga selepas EX5 generasi kedua dilancarkan pada tahun 2001. EX5 generasi terbaharu ini diperkenalkan dengan tagline “Bapa Borek, Anak Rintik”.

Motosikal moped ikonik itu telah diberi rekaan baharu setelah kekal sepanjang 26 tahun dalam pasaran domestik. Honda telah memberi pelbagai penambahbaikan daripada aspek rekaan dan teknikal untuk memperbaiki prestasi dan daya ketahanannya.

Model EX5 baharu ini dikuasakan oleh enjin berkapasiti 110cc berbanding model sebelumnya yang menggunakan enjin 100cc. Ia masih mengekalkan faktor popularitinya sebagai antara motosikal yang jimat bahan api walaupun memiliki prestasi yang cemerlang. Setiap liter bahan api boleh mencatatkan perjalanan sejauh 53.6 kilometer (km).

Daripada aspek rekaan, beberapa perubahan telah dilakukan. Namun, ia masih mengekalkan konsep EX5 lama yang boleh dikatakan agak klasik. Penggayaan moden telah digabungkan dengan ciri-ciri klasik pada lampu hadapan dan lampu belakang. Saiz penutup kerangka juga telah dilebarkan sedikit untuk memperbaiki ciri aerodinamik dan melindungi enjin.

Model baharu Honda EX5 Dream 110 ini telah dipasang dengan sistem penyerap hentak tahan lasak. Saiz tayar yang lebih lebar dibekalkan bagi menyokong kestabilan dan memberi cengkaman yang lebih baik. Tempat duduk pula lebih luas untuk keselesaan penunggang dan juga pembonceng.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Satoshi Okada berasa bangga apabila ramai yang telah menyedari keupayaan dan ketahanan model Honda EX5. Tahap keyakinan pengguna juga positif dan beliau mengharapkan sokongan yang berterusan kepada model ini.

“Pelbagai kisah sentiasa tersebar mengenai kehebatan EX5 ini dan kebolehannya diakui daripada generasi demi generasi. Sejak kemunculan pertamanya pada 1987, EX5 kekal teguh di sebalik kemunculan ratusan model baru. Jelas di sini, pengguna sentiasa mahukan praktikaliti dan ketahanan,” kata Okada.

Walaupun berwajah baharu, diharapkan populariti motosikal Honda EX5 yang tahan lasak, ekonomi dan mampu dimiliki masih kekal bersamanya. Honda EX5 Dream 110 boleh dimiliki pada harga RM3,908 untuk varian penghidup tendang, manakala RM4,145 untuk varian penghidup elektrik. Ia telah didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Merah Euphoria Metalik, Hijau Mutiara, Biru Vital Metalik dan juga Ungu Mariana Metalik. Boon Siew Honda juga telah memberi tempoh jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 kilometer.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
EX5 DLU MMG BGUS....
Reply
Thanks given by:
#3
(08-19-2013, 05:47 PM)papazola Wrote: EX5 DLU MMG BGUS....

moto legen.. bawak pi noreh orang2 dulu pakai
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#4
(08-20-2013, 09:11 AM)Wonderweiss Wrote:
(08-19-2013, 05:47 PM)papazola Wrote: EX5 DLU MMG BGUS....

moto legen.. bawak pi noreh orang2 dulu pakai

Winkingbwak rempit pon power nih dlu:sneaky:
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)