Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kelab penyokong ATM kumpul derma bantu Kafa
#1
BIARPUN menjadi penyokong setia pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun atas dasar keprihatinan, bantuan dihulur tanpa mengira batas sempadan.

Bukti keprihatinan itu ditunjukkan oleh Kelab Penyokong ATM bersama gabungan Kelab-kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) dalam membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membayar denda RM62,500 yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Kelab Penyokong ATM, Mohd Asri Ismail berkata, sifat tanggungjawab dalam diri membuatkan mereka membuat keputusan untuk melancarkan kempen kutipan lima sen untuk FAM bagi meringankan beban Kafa.

"Sebenarnya, objektif utama kutipan ini dibuat kerana ingin mengeratkan hubungan antara semua penyokong pasukan masing-masing.

"Kami mahukan kerjasama semua penyokong dan saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi apa jua masalah," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

FAM sebelum ini mendenda Kafa RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.

Sambil menyifatkan FAM tidak tulus, Asri mahu kesemua penyokong bersatu hati membuka mata badan induk bola sepak negara itu agar melihat tindakan mendenda tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus menyokong pasukan masing-masing.

"Kami mahu buktikan kepada FAM bahawa kami bukan penonton yang hanya suka membuat masalah di stadium, tetapi juga peminat yang akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

"Kami tidak akan lepas tangan, disebabkan itu, kami dan bersama gabungan penyokong lain melancarkan kutipan lima sen ini untuk membantu dan meringankan beban Kafa," ujarnya.

Kutipan lima sen FAM yang berlangsung seminggu bermula kelmarin diadakan di seluruh negeri. Antara pihak yang terlibat ialah kelab penyokong Perak, Negeri Sembilan, Johor dan sebagainya.

Hari ini kelab penyokong bola sepak ATM dan Kelantan telah bersama-sama mengutip derma di depan masjid Kampung Baru Kuala Lumpur pada sebelah pagi sementara di sebelah petangnya pula telah diadakan di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Mengulas lanjut, Asri berkata, beliau yakin dengan tempoh masa selama seminggu, kutipan lima sen yang dikutip akan mencukupi untuk membantu Kafa membayar denda.

"Setakat ini saya melihat sambutan amat memuaskan, maklum balas daripada semua penyokong juga positif, dan saya gembira melihat semua penyokong bersatu hati," jelasnya yang akan turut membantu Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim di atas denda yang dikenakan oleh FAM sekiranya mempunyai hasil lebihan daripada kutipan tersebut.

Sementara itu, Penyelaras Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (Gempita), Mohd. Shaharuddin Abdul Latif ketika dihubungi berkata, kempen ini hasil usaha kelab penyokong yang mahu menyatakan tanda sokongan kepada Tan Sri Annuar Musa di atas sumbangan beliau dalam industri bola sepak Kelantan.

"Sebenarnya, ini kutipan kedua yang dilakukan oleh penyokong Kelantan kepada Kafa.

"Kesalahan ini datang daripada penyokong sendiri, jadi memang wajar sekiranya kami turut membantu untuk mengurangkan beban persatuan itu.

"Dan kami berharap kutipan ini akan dapat membantu Kafa menyelesaikan denda tanpa mengeluarkan duit persatuan," katanya yang menolak dakwaan mengatakan mereka mahu menyindir FAM dengan melakukan kutipan itu.

“Kami tak sindir mana-mana pihak, niat kami baik iaitu untuk menunjukkan tanda sokongan kepada Annuar dan saling bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat penyokong," ujarnya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)