Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kekal sihat meski cecah 100 tahun
#1
[Image: image.jpg]

Haji Long mengamalkan pemakanan sihat termasuk minum air rebusan akar kayu, antaranya seperti akar pokok kucing galak dan madu lebah asli setiap hari.

MARANG – Usianya sudah hampir 100 tahun, namun bekas bilal ini masih memiliki penglihatan dan kesihatan baik walaupun sudah mempunyai 79 ahli keluarga iaitu sembilan anak, 45 cucu dan 18 cicit serta lapan cuit sepanjang hidupnya di Kampung Batu 14 Cherang Cina di sini.

Kelebihan itu dimiliki Long @ Daud Muhammad, 95, atau lebih dikenali sebagai Haji Long.

Haji Long pernah berkahwin sebanyak empat kali dan tiga daripada isterinya, Sharifah Ali, Teh Awang dan Debak Ibrahim telah meninggal dunia.

Dia juga hanya bercerai sekali dalam perkahwinan ketiganya sebelum berkahwin dengan Semek Abu Bakar.

Isteri keempat Haji Long, Semek, juga masih sihat walaupun usianya sudah menjangkau 74 tahun.

Walaupun wajah Haji Long kelihatan sudah dimamah usia, namun bekas bilal Masjid Wakaf Tapai (1948 – 1982) itu menyifatkan kesihatannya yang masih baik hingga kini disebabkan gaya hidup sihat, selain hanya menggunakan sumber air perigi untuk kegunaan harian.

Menurutnya, selain itu, ulam-ulaman seperti pucuk paku, pucuk ubi kayu dan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di kawasan depan dan belakang rumahnya merupakan makanan rutin baginya setiap hari sejak belasan tahun hingga sekarang.

“Pada waktu dahulu, penduduk semua bercucuk tanam. Makanan pagi, petang dan malam semuanya ulam dan sayur-sayuran yang ditanam sendiri. Disebabkan itu, ramai yang mengamalkan pemakanan seperti itu sihat sehingga ke hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, penggunaan air akar kayu diamalkan nenek moyang juga berkesan untuk kekal sihat, malah kaedah minum air rebusan akar kayu adalah lebih meyakinkan berbanding bergantung dengan ubat-ubatan moden di pasaran.

Tiada penyakit kronik

“Saya juga amal minum air rebusan air akar kayu seperti tongkat ali, kucing galak, janggut ali, misai ali dan lain-lain untuk kekal sihat serta bertenaga sejak muda. Malah saya sering menasihati golongan muda agar turut mencuba dan mengamalkannya.

“Selain itu, amalan memakan dua biji kurma dan madu lebah setiap pagi juga dapat menyihatkan badan. Doktor juga mengesahkan saya tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis sehingga sekarang,” katanya.

Kini, selepas menamatkan tugas sebagai bilal Masjid Wakaf Tapai pada 1982, Haji Long mengisi sepenuhnya masa lapang dengan membantu mengubati lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin dengan menggunakan kaedah urutan badan.

Malah nama Haji Long kini diakui dikenali ramai selepas mula mengurut sejak lebih 30 tahun lalu.

Bukan itu saja, Haji Long juga pernah mengubati ramai kenamaan termasuk berjawatan menteri dan VVIP lain yang menghadapi masalah berkenaan.

Dalam pada itu, Haji Long menasihatkan golongan muda agar mengelak mengambil ‘ubat kuat’ yang biasanya dijual di kaki-kaki lima bagi mengatasi masalah rumah tangga, kerana ia hanya mendatangkan kemudaratan dan membahayakan kesihatan pengguna.

Dia yang dilahirkan pada tahun 1918 dan pernah melalui kehidupan zaman penjajah, melahirkan rasa syukur kerana masih dilanjutkan usia dan dapat menikmati segala kemudahan yang semakin moden, termasuk masih mampu memandu kereta sendirian.

“Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan ALLAH ini dan gembira jika dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan mereka yang berminat untuk mempelajarinya, selain bersyukur kerana dapat mengubati mereka memerlukan bantuan,” katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
caya la atuk.. Sihat lagi tu Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)