Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kejatuhan Gentleman dalam carta AS
#1
SEOUL: Lagu terbaru Psy “Gentleman” menjunam dalam carta AS apabila penyanyi dari Korea Selatan berusaha keras untuk menempa kejayaan sama seperti “Gangnam Style” yang menduduki carta pertama.

“Gentleman” telah jatuh ke tangga ke-26 dalam Billboard Hot 100, dikemaskini pada Rabu, dimana ia menduduki tempat kelima minggu lalu dan ke-12 pada kemunculan pertamanya dua minggu lalu.

Jualan “Gentleman” jatuh sebanyak 50 peratus kepada 36,000.

Video muzik lagu terbaru Psy telah mendapat tontonan sebanyak 267 juta tontonan di YouTube semenjak dimuat naik pada 13 April, tetapi Billboard hanya mengambil kira penonton dari Amerika Syarikat.

“Gentleman” telah jatuh ke kedudukan tontonan ke enam selepas dua minggu berada di atas, dengan 4.7 juta hit di AS, turun 66 peratus dari minggu sebelumnya. Jumlah tontonan “Gangnam Style” lebih tinggi di tempat ketiga.

Mereka seluruh dunia telah menonton “Gangnam Style” bagi melihat sekiranya ia dan tarian menunggang kuda itu lebih dari sekadar hit utama.

Psy mengetepikan risiko dalam carta AS, mengatakan bahawa pemasaran masih belum bermula di sana.

"Promosi ini bermula pada hujung minggu ini, jadi saya tidak melihat ia sebagai satu 'kejatuhan dalam carta' tetapi sebagai permulaan. Rock on!" dia berkata di laman twitternya.

Video "Gentleman" mencatatkan 38.4 juta tontonan pada 14 April, memecahkan rekod sebelum ini 31 juta tontonan dalam satu hari yang ditetapkan oleh "KONY 2012" - dokumentari mengenai ketua perang Uganda dibuat oleh kumpulan amal Invisible Children.

Ia merupakan video "Gangnam Style", dan tarian tersendiri Psy, yang mendorongnya untuk kemasyhuran global setelah ia dimuatnaik ke YouTube dan tersebar luas.

Sindiran kepada gaya hidup mewah daerah Gangnam di Seoul, ia telah menjadi video paling ditonton di YouTube, dengan lebih daripada 1.5 bilion tontonan sejak ia dikeluarkan pada Julai tahun lepas.

"Gentleman" menunjukkan Psy memakai cermin mata rasminya, mempersembahkan tarian baru pinggang diayun di pelbagai lokasi di dalam dan sekitar Seoul termasuk sebuah kedai pakaian mewah, restoran dan kolam renang.



Read more at: http://www.astroawani.com/election/news/...s-13322?cp
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)