Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kecurian di masjid menjadi-jadi
#1
TEMERLOH – Dua kejadian curi harta benda awam dalam kawasan masjid Kampung Raja Songsang, dekat sini menyebabkan jemaah khuatir untuk beribadat.

Kejadian pecah tabung masjid telah beberapa kali berlaku dan terbaru pada 28 Februari lalu, kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup yang dipasang jawatankuasa masjid.

Kejadian kedua membabitkan kehilangan tiga komputer riba milik tiga jemaah dari Kuala Lumpur yang singgah menunaikan solat Jumaat, kelmarin.

Ahli Jawatankuasa Masjid, Rusdan Ramli berkata, berdasarkan rakaman CCTV beberapa hari lalu menunjukkan usaha seorang penjenayah melarikan duit tabung masjid tetapi tidak berjaya.

Menurutnya, tindakan pemuda terbabit untuk mencuri duit tabung masjid berjaya dirakam CCTV masjid dalam kejadian yang berlaku 28 Februari lalu.

“Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal seorang diri meletakkan kenderaan dalam kawasan masjid dan terus menuju ke tabung masjid.

“Kejadian itu hanya disedari jemaah ketika cuba membuka tabung masjid untuk mengira wang kutipan mingguan selepas selesai solat Jumaat.

“Jemaah tidak dapat buka tabung masjid kerana dipercayai ada kesan umpil pada kunci tabung itu, justeru mereka melihat rakaman CCTV dan mengesan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali pada malam kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Rusdan berkata, kejadian terbaru semasa solat Jumaat kelmarin apabila tiga kontraktor yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan kehilangan tiga komputer riba yang diletakkan dalam kereta mereka ketika singgah solat Jumaat.

[Image: image.jpg]
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)