Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kebiadaban seorang pemandu Singapura isi RON95 di Malaysia diselar
#1
Seorang pemandu dari Singapura dikutuk warga senegaranya apabila dia bertindak biadab terhadap pekerja stesen minyak di Malaysia.

Kejadian itu berlaku apabila seorang pengguna media sosial memuat naik sekeping gambar berserta mesej yang mendedahkan seorang warga Singapura bersikap sombong ketika mengisi minyak di Malaysia.

Sinchew Daily melaporkan, warga Singapura tersebut bertindak memaki pekerja yang melarangnya mengisi minyak RON95 yang dijual pada harga subsidi dan dihadkan kepada rakyat Malaysia sahaja.

Selepas dihalang mengisi RON95 kerana dia bukan warganegara Malaysia, warga Singapura itu dikatakan mengeluarkan kata-kata "pelanggan adalah sentiasa betul, pendapatan saya lebih tinggi daripada anda" kepada pekerja stesen minyak.

Tindakan pemandu itu diselar dalam media sosial dengan ramai warga Singapura menasihatkannya supaya menghormati undang-undang negara lain (Malaysia).
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)