Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Keadaan kesihatan Sultan Pahang semakin baik
#1
ROMPIN - Rakyat jelata tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (gambar) yang kini dikhabarkan kurang sihat.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, keadaan kesihatan ayahandanya kini semakin baik setelah mendapat rawatan daripada doktor peribadi dan rehat yang cukup.

"Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Baginda telah menjalani pemeriksaan kecil perubatan dan kini dalam perjalanan untuk mendapatkan pandangan kedua mengenai kesihatan baginda di United Kingdom.

"Rakyat tidak perlu bimbang (dengan kesihatan Sultan) dan saya harap rakyat terus mendoakan baginda terus sihat," titahnya.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Tanjung Gemuk dekat sini semalam.

Sultan Ahmad Shah dilaporkan pitam ketika menyampaikan pingat dan darjah kebesaran sempena hari ulang tahun baginda yang ke-82 kepada para penerima pingat di Istana Abu Bakar, Pekan pada Sabtu lepas.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)