Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kawasan kem dan kubur di Wang Kelian di bidang kuasa agensi keselamatan negara
#1
KUALA LUMPUR 28 Mei - Kawasan kem haram dan kubur yang ditemui di Bukit Wang Burma di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian baru-baru ini berada di bawah bidang kuasa agensi keselamatan negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Abd. Rahim.


Abd. Rahman berkata, kawasan itu perlu mendapat kebenaran daripada agensi keselamatan untuk memasukinya ekoran ia berada berdekatan dengan sempadan negara lain.

"Kawasan yang berlaku itu, adalah kawasan keselamatan, walaupun ia di dalam hutan simpan kekal, kami tidak boleh masuk sebab kawasan itu telah diambil alih oleh pihak keselamatan.

"Jadi kalau kami nak masuk ke kawasan itu, kami kena bekerjasama dengan pihak keselamatan, sebab kita tidak ada senjata, inilah kekangan yang kami hadapi" katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2014-2015, di sini, hari ini. - BERNAMA
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)