Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kawan-kawan akan bantu, kata Hishammuddin mengenai Korea Utara
#1
[Image: Hishamuddin-Hussein.jpg]

Menteri pertahanan berkata hubungan 2 hala yang kuat dengan negara lain akan membantu sekiranya konflik dengan Korea Utara melarat

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia mungkin tidak mempunyai aset pertahanan menyamai Korea Utara, tetapi boleh mengharapkan hubungan baiknya dengan negara-negara lain.

Menepis spekulasi kemelaratan konflik dengan Korea Utara, Hishammuddin berkata Makaysia bersedia menangani sebarang situasi berbangkit, contohnya kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

“Kita tidak ada aset untuk mencari pesawat yang hilang itu, tetapi 26 negara tampil membantu dengan teknologi canggih.

“Kita mempunyai hubungan 2 hala yang rapat dengan pelbagai negara. Ini kelebihan kita,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata rundingan untuk membebaskan 9 rakyat Malaysia dari Korea Utara akan diteruskan walaupun hubungan diplomatik dengan negara komunis itu sedang merosot.

Beliau juga mengulas khabar angin mengatakan Malaysia mempunyai perjanjian jual beli senjata dengan Korea Utara.

“Setakat yang saya tahu, kita tidak mempunyai sebarang perjanjian seperti itu dengan Korea Utara. Itu tidak bermakna kita tidak ada hubungan dengan kuasa besar lain.

“Maksud saya, lebih baik kita bekerjasama dengan negara yang mempunyai hubungan dengan kita dan bina kerjasama itu,” katanya.

Korea Utara melarang rakyat Malaysia dari meninggalkan negara itu ketika polis sedang menyiasat pembunuhan Kim Jong Nam.

Putrajaya kemudian mengeluarkan arahan melarang rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dibebaskan.

http://www.freemalaysiatoday.com/categor...rea-utara/
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)