Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kathmandu berubah, tinggi Everest kekal
#1
[Image: image.jpg]

SYDNEY 28 April - Gempa bumi sekuat 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada hujung minggu lalu, mengubah kedudukan Kathmandu sebanyak beberapa meter ke arah selatan, namun ketinggian Gunung Everest tidak berubah, ketika jumlah kematian akibat bencana alam itu meningkat melebihi 5,057 orang.

Pakar pergerakan lapisan bumi Universiti Cambridge, James Jackson hari ini berkata, menurut data awal seismologi yang diperoleh menggunakan gelombang bunyi yang bergerak melalui Bumi selepas bencana itu, kedudukan tanah di bawah Kathmandu mungkin bergerak kira-kira tiga meter ke arah selatan.

Analisis yang dilakukan Jackson sama dengan yang diperoleh ketua Jabatan Sains Fizikal Universiti Adelaide.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sebanyak lapan juta orang mengalami kesan buruk akibat gempa bumi terbabit.

Badan dunia tersebut berkata, 1.4 juta orang memerlukan bantuan makanan walaupun bantuan antarabangsa kini mula tiba di tempat kejadian.

Perdana Menteri Nepal, Sushil Koirala memberi amaran, angka kematian boleh mencecah sehingga 10,000 orang.

Pegawai berkata, setakat ini angka mangsa yang cedera kepada hampir 8,000 orang.

Gegaran susulan masih melanda Nepal menyebabkan penduduk takut untuk kembali ke rumah mereka malam tadi, malam ketiga sejak gempa bumi berlaku pada hujung minggu lalu.

Bekalan makanan, air, dan elektrik semakin berkurangan dan timbul kebimbangan penularan penyakit berjangkit. – AFP/Reuters
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)