Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kapal kontena terbesar dunia singgah di Pelabuhan Tanjung Pelepas
#1
[Image: gambarkapal.jpg?itok=XkWBtZT8]

Kapal kontena, MSC Oscar berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatat satu lagi sejarah hari ini, apabila menerima kedatangan kapal kontena terbesar dunia, MSC Oscar, yang dimiliki oleh Mediterranean Shipping Company (MSC).

Kapal kontena yang boleh memuatkan 19,224 TEU itu dan mempunyai berat 197,362 Dead Weight Tonnes (DWT) serta menelan belanja sebanyak AS$140 juta untuk dibina, sedang di dalam perlayaran sulungnya daripada Yantian, China ke Eropah.

MSC Oscar berukuran 395.4 meter panjang dan lebar 59 meter.

"Saiz MSC Oscar bersamaan dengan empat buat padang bolasepak," menurut kenyataan PTP hari ini dan menambah, MSC Oscar dinamakan sempena anak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Diego Apponte.

Dirasmikan awal tahun ini, MSC Oscar kini berkhidmat laluan perdagangan Timur-Barat dengan persinggahan di pelbagai pelabuhan seperti Busan, Qingdao, Ningbo, Shanghai, Xiamen, Yantian, PTP, Rotterdam, Bremerhaven dan Wilhelmhaven.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Glen Hilton berkata, pelabuhan utama negara itu dilengkapi kemudahan untuk menerima kapal-kapal kontena mega dan sebagai salah satu pelabuhan persinggahan MSC Oscar, merupakan bukti keyakinan MSC terhadap keupayaan PTP.

Pengarah Urusan MSC Bagi Asia dan Asia Tenggara, YJ Tan pula berterima kasih terhadap hubungan rapat MSC dengan PTP yang menyediakan kemudahan pelabuhan yang moden dan canggih bagi membolehkan syarikat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggannya di Asia Tenggara. - MalaysiaGazette
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)