Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kanak-kanak umur setahun tapi muka macam orang tua.
#1
[Image: Kasihannya,+Umur+Baru+1+Tahun,+Tapi+Rupa+Sudah+Tua.jpg]

Seorang kanak-kanak China, Yuxin Xiaoli baru sahaja mencecah usia setahun.

Tetapi, rupanya ‘mengalahkan’ seorang wanita tua.

Yuxin mempunyai kulit yang berkedut dan mempunyai warna kulit yang tidak sekata sama seperti orang-orang yang sudah tua.

Bahagian dagunya pula kulitnya berlapis-lapis, memperlihatkan dirinya seperti nenek tua yang berusia 80-an.

Sebenarnya, Yuxin mengalami penyakit Cutis Laxa di mana sakitnya hanya dihidapi oleh seorang dalam seratus manusia.

Penyakit itu adalah disebabkan oleh gangguan dalam pembinaan tisu dan sel badan di mana memberikan kesan terhadap kulit dan seterusnya menyebabkan kulit itu tidak elastik atau anjal.

Sewaktu dilahirkan, ibu Yuxin, Yang, 23, berfikir masalah kulit yang dihadapi oleh Yuxin hanyalah perkara biasa dan akan hilang juga nanti.

“Kami tidak memberikan perhatian kepada perubahan itu, kerana mengingatkan semua kanak-kanak kecil sepertinya,” kata Yang.

Malah, Yang memberitahu, sewaktu hamilkan Yuxin, dia tidak mengalami sebarang masalah atau komplikasi yang teruk.

Bagi nenek kepada Yuxin, Cao Niu memberitahu rupa cucunya seperti orang asing dan orang tua.

“Rupanya seperti orang tua. Kali terkahir saya membawanya berjumpa doktor, ada kanak-kanak lain takut dan menangis kerana melihat Yuxin,” beritahu Cao Niu.

Selain itu, Yuxin juga mempunyai penyakit lain seperti asma, pneumonia dan penyakit jantung.

Keluarganya sudah menghabiskan wang hampir 80,000 Yuan membawa Yuxin ke hospital Henan Province, wilayah Zhengzhou untuk merawat sakit anak kecil itu.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)