Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
'Kami mahu makanan berkhasiat'
#1
[Image: image.jpg]

DUNGUN – “Tiga kali sehari kami disajikan dengan nasi berlaukkan ikan sardin. Sudah tiga hari berlarutan begini, lama-lama rasa muak juga.

"Kalau boleh kami mahu pihak berkenaan bekalkan makanan yang lebih berkhasiat."

Demikian luahan Zakaria A Rahman, 42, seorang daripada mangsa banjir yang terpaksa melalui detik sukar di Pusat Pemindahan Banjir dekat Kampung Durian Mentangau.

Zakaria berkata, dia dan ahli keluarganya merupakan kumpulan pertama ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Durian Mentangau selepas diarahkan berbuat demikian berikutan paras air Sungai Durian Mentangau melimpah sehingga memenuhi kawasan kediamannya.

Menurutnya, sejak berada di pusat berkenaan empat hari lalu, dia bersama lebih 200 mangsa lain hanya disajikan dengan menu nasi berlaukkan sardin dalam tin.

Katanya, dia tidak kisah menikmati menu sedemikian kerana beranggapan ia sebahagian ujian perlu ditempuhi jika menjadi mangsa banjir, namun dari segi hubungan kemanusiaan dan mengambil kira kepentingan bersama, dia berharap agar ada pihak lebih prihatin dengan keperluan makanan mereka.

“Saya harap ada pihak dapat memahami keadaan kami. Kalau boleh sekali-sekala, biarlah ada bekalan makanan berupa sayur atau ikan kering.

“Sekurang-kurangnya dapat ubah sedikit selera makan. Ini makan pagi, tengah hari dan malam asyik ikan sardin. Cubalah orang 'di atas' berada di tempat kita, berselera atau tidak makan menu sebegini tiga kali sehari?” katanya.

Zakaria juga berkata, mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan itu kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan berikutan kedai runcit turut ditenggelami air.

Menurutnya, jika ingin membeli barang keperluan, penduduk terpaksa keluar ke bandar Dungun yang jaraknya hampir 30 kilometer.

Namun katanya, dalam keadaan sekarang, semua laluan menghubungkan Kampung Durian Mentangau dengan bandar Dungun sudah terputus berikutan air naik sehingga satu meter.
Reply
Thanks given by:
#2
pelik. Bg makan pun ngomel lagi. Orang afrika tu tak makan beberapa hari tak menangis pun
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)