Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha
#1
KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.

Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.

"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.

"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.

Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.

"Tindakan memperlekehkan seseorang individu di atas sebab-sebab yang tidak munasabah sebegini amatlah dikesali dan pastinya memberi impak yang amat negetif jika ianya dipanjangkan.

"Semua pihak disarankan mempelajari dan meraikan perbezaan fahaman dan warna kulit demi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman.

"Karyawan menawarkan jalan penyelesaian atas konfliks yang berlaku agar perkara ini dapat diredakan secepat yang mungkin," sambungnya.

Sementara itu, Marinatasha turut kesal dengan apa yang berlaku dan ia merupakan insiden keempat ke atas dirinya yang menyuruh beliau membuka tudung jika mahu membuat persembahan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.

"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.

"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.

Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan sebuah syarikat pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan.

Selain itu juga, beliau turut dimarahi kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya.

[Image: tasha.JPG]
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)