Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kajian tarif elektrif baharu selesai tahun depan
#1
KUALA LUMPUR - Kajian mengenai kajian tarif elektrik baharu dijangka disiapkan tahun depan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata kajian yang sedang berlangsung itu dijalankan oleh kementerian itu dengan wakil-wakil dari Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional dan Petronas.

Antara isu yang sedang ditimbangkan ialah kos sumber tenaga dan impak tarif baharu itu kepada pengguna.

"Laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kabinet untuk pertimbangan. Hanya selepas itu kita akan tahu jika tarif itu ditingkatkan atau sebaliknya," tambah beliau.

Mahdzir berkata, demikian di satu sidang media selepas merasmikan sebuah persidangan antarabangsa yang dianjurkan bersama oleh Institut Jurutera Malaysia dan Institut Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (IET).

Persidangan itu, bertema, "Pembangunan Mampan Menerusi Inovasi dalam Pengurusan Tenaga dan Teknologi", menyasarkan untuk membincangkan isu-isu penting tentang teknologi mampan dan memberikan penyelesaian untuk penggunaan tenaga menerusi kejuruteraan.

Mahdzir berkata, pengurusan tenaga adalah sesuatu yang penting untuk dikaji dari segi peningkatan keberkesanan dan tenaga boleh bantu.

Beliau berkata, tenaga boleh baharu setakat ini hanya menyumbang dua peratus daripada jumlah keperluan tenaga dengan 90 peratus daripada minyak dan gas dan lapan peratus dijana menerusi tenaga hidro.

"Malaysia melihat untuk meningkatkan sumber tenaga boleh baharu kepada 11 peratus menjelang 2020 menerusi pelbagai inisiatif dan penyertaan, terutamanya oleh sektor swasta," tambah beliau. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)