Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kad tambah nilai dikenakan GST
#1
PUTRAJAYA - Semua syarikat telekomunikasi (Telco) akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus pada kad tambah nilai prabayar yang dibeli pengguna bermula hari ini.


Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy bagaimanapun berkata, serentak dengan keputusan tersebut, kesemua syarikat Telco itu turut bersetuju untuk menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas melebihi RM1.

Katanya, persetujuan tersebut dicapai hasil perbincangan yang diadakan JKDM, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta semua syarikat telco terlibat pagi tadi.

"Syarikat telekomunikasi bersetuju sebagai contoh menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 dan pengguna diberi masa berbual tambahan dan khidmat pesanan ringkas melebihi RM1.

"Keputusan itu dikuat kuasa serta merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas itu, kesemua pihak yang terlibat akan mencari jalan penyelesaian dan membuat keputusan sama ada mengekalkan atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar khas GST di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,829 aduan melalui panggilan telefon sejak semalam sehingga pukul 1 tengah hari tadi.

"Sebanyak 1,035 aduan pula telah diterima melalui e-aduan dan 44 peratus daripadanya adalah berkaitan dengan kad tambah nilai prabayar.

"Bagi operasi pula, sebanyak 7,630 premis telah diperiksa di seluruh negara dan 60 notis tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada peniaga atas pelbagai kesalahan dalam tempoh dua hari pelaksanaan GST," ujarnya. 
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)