Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KPDNKK laksana Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan # Harga bahan biskut raya dipantau
#1
[Image: SA270417MR006.jpg.transformed.jpg]

SEPANG 19 Mei - Sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 selama 10 hari bermula 22 hingga 31 Mei ini di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim tersebut pertama kali diadakan berikutan terdapat pelbagai rungutan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan. 

Katanya, barang-barang tersebut adalah, kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

"Peniaga hendaklah mematuhi arahan yang ditetapkan dan beretika dalam menguruskan perniagaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/nasional...z4hZKRylQY


Quote:DATUK Seri Hamzah Zainudin.

BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihati peniaga supaya tidak menaikkan dengan melampau harga biskut raya menjelang musim perayaan.

Menteri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata KPDNKK sudah mula memantau harga barangan, khususnya barangan dalam penyediaan biskut raya. Beliau berkata, pemantauan itu berkuatkuasa semalam, bagi membantu peniaga menstabilkan harga biskut raya selain memastikan barangan yang dikawal itu untuk kegunaan mereka. 

"Pelancaran Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan bagi tahun ini dilancarkan sebelum menjelang Ramadan bertujuan mengelakkan perkara sama iaitu masalah kenaikan harga barang sesuka hati berlaku. "Sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 seperti kacang tanah, kacang hijau, telur ayam gred A, B dan C, kelapa biji, kelapa parut, gula pasir, putih, halus dan kasar serta tepung gandum," katanya selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 Koperasi Tunas Muda di Kompleks Tabung Haji, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang dipasarkan dan tindakan dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. "Setakat ini, tiada laporan diterima berhubung peniaga yang melakukan pencatutan terhadap harga barangan selain harga barangan masih terkawal," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/284647
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)