Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KPDNKK kesan terdapat lebih 100 jenama rokok tiruan
#1
KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesan terdapat lebih 100 jenama rokok tidak sah atau rokok tiruan menggunakan nama dan alamat pengilang atau pengimport yang palsu di negara ini.

Pengarah Penguatkuasaan, Bahagian Penguatkuasaan, Unit Perihal Dagangan KPDNKK Roslan Mahayudin berkata, pemeriksaan mendapati alamat tertera pada kotak rokok tidak sah itu merupakan tempat letak kereta dan tanah kosong bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Rokok tidak sah ini menjadi tarikan kepada orang ramai kerana harga jauh lebih murah. Lazimnya rokok tiruan ini dijual dengan harga RM3 sekotak berbanding rokok asli sekitar RM7 sekotak.

"Selain itu permintaan tinggi daripada pekerja asing di negara ini juga faktor limpahan rokok tiruan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Rokok Tidak Sah anjuran KPDNKK di sini, hari ini.

Katanya, penjualan rokok tiruan juga dikesan berleluasa di sebelah pantai barat dan harga rokok yang mahal antara punca lambakan dan penyeludupan rokok tiruan pelbagai jenama di pasaran negara. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)