Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KJ Komander Askar Wataniah yang baharu.
#1
SEREMBAN 16 Feb. - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baharu berkuatkuasa Januari lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga penaung Jawatankuasa Pendukung AW (JPAW), Datuk Seri Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata, Khairy menggantikan Datuk Shahrom Mohammad yang dilantik sebagai Penasihat JPAW.

"Khairy telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di atas perkenan baginda. Pelantikan Khairy sebagai Komander Rejimen 508 AW yang baharu telah dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pelancaran latihan AW 2014 di sini hari ini.

Selain Khairy, yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Panglima 1 Briged Brig. Jen Datuk Adnan Abu Bakar.

Sementara itu, Khairy berkata, pelbagai rancangan sedang diatur dan berharap dapat dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak.

"Dalam masa sama, saya akan menggalakkan lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai Rejimen 508 AW," katanya. - BERNAMA.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Ikon pemuda. Mai join wataniah
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)