Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
KAFA umum ganjaran istimewa esok
#1
PERSATUAN Bolasepak Kelantan (Kafa) akan memutuskan esok bentuk ganjaran istimewa kepada pemain Kelantan sekiranya menjulang Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa membayangkan ganjaran itu merupakan penghargaan besar yang tidak pernah diterima oleh mana-mana pemain di negara ini sebelum ini.

Esok juga, insentif berjumlah RM200,000 juga akan diberikan kepada pemain kerana layak ke separuh akhir dan akhir Piala Malaysia, katanya kepada pemberita perjumpaan dan penyampaian barangan kepada peserta Azam Tani Peringkat Parlimen Ketereh di Kota Bharu, hari ini.

Kelantan, yang dalam misi memburu kejuaraan treble musim ini selepas menjuarai Piala FA dan Liga Super, akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final Piala Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata hanya dua pemain yang masih belum memutuskan untuk terus menyarung jersi Kelantan musim depan iaitu tonggak pertahanan Mohd Daudsu Jamaluddin dan pemain sayap lincah Nurul Azuan Roya.

Justeru itu, beliau berkata tiada pemain lain akan meninggalkan pasukan Kelantan pada kempen Liga Super musim depan kerana hampir kesemua pemain masih mempunyai kontrak.

"Semua telah bersetuju untuk bersama The Red Warriors untuk saingan tahun hadapan termasuklah Norshahrul Idlan Tahala dan Khairul Fahmi Che Mat," katanya.

Menurutnya Mohd Daudsu dan Nurul Azuan akan bertemu dengannya esok bagi membincangkan kontrak mereka yang akan tamat penghujung tahun ini.

"Kita telah membuat tawaran, namun mereka mempunyai masalah peribadi.

"Difahamkan Nurul Azuan akan berkahwin dengan gadis Johor pada bulan depan. Bagaimanapun saya memberikan masa kepada mereka untuk berfikir sama ada masih mahu bersama The Red Warriors atau tidak," katanya. -
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
lot tanah kan
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)