Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jumlah warga asing tak terkawal
#1
[Image: image.jpg]

Kebanjiran warga asing dalam negara dilihat semakin membimbangkan. Resolusi Kerajaan Persekutuan membuka kemasukan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja bagi sektor seperti perladangan, pembinaan dan pembantu rumah dan lain-lain mungkin telah disalah guna sesetengah pihak yang mungkin melalui proses salah semata-mata ingin kaut keuntungan berlebihan.

Akibatnya, kelibat warga asing boleh dilihat di mana-mana terutamanya di kawasan berhampiran industri.

Yang mengharukan, ada pula kumpulan warga asing yang lagak lebih daripada penduduk tempatan dan berani membina penempatan kelompok mereka seolah-olah mereka yang berkuasa di situ sehingga mampu membuka deret perniagaan sendiri, tidak kurang juga ada majikan yang tidak pandang serius berikutan timbul isu penempatan warga asing di kawasan penduduk tempatan yang mengganggu ketenteraman dan mencalarkan imej persekitaran dan kebersihan lokasi terlibat.

Suasana ini menimbulkan keresahan penduduk yang bimbang aspek keselamatan, kebersihan, persekitaran dan kesihatan mereka. Ikuti temu bual Sinar Harian bersama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad mengenai isu ini.


Bagaimana YB melihat fenomena kemasukan warga asing ini, adakah ia masih terkawal di negeri ini?

Kemasukan warga asing atau pekerja asing ini saya lihat memang sudah tidak terkawal. Ada kawasan seperti Kampung Pandan dan di Klang di mana mereka ini kelihatan lebih ramai dari penduduk tempatan. Terdapat kawasan di Klang di mana jumlah di pekerja asing di sebuah kilang hampir sama ramai dari penduduk sebuah kampung Melayu yang berhampiran dekat kilang itu, penduduk tempatan pula tenggelam. Mereka (warga asing) ini menguasai perniagaan, kemudahan awam, kemudahan rekreasi dan kelihatan di mana-mana.


Adakah di peringkat Exco sendiri, YB menerima rungutan dan aduan daripada penduduk tempatan berhubung masalah ini?

Ya. Rungutan dan aduan daripada penduduk tempatan kita terima saban hari memang banyak. Undang-undang seolah-olah tidak wujud di kawasan-kawasan di mana ramai warga asing dan seolah-olah mereka pula yang menguasai kawasan tertentu. Saya melihat ini kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis, Jabatan Imigresen dan pihak terbabit mengambil tindakan.

Sehinggakan kita dapati ada perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh penduduk tempatan boleh dilakukan oleh warga asing tanpa tindakan pihak berkuasa. Contohnya membuat tambahan kepada rumah yang mereka sewa hingga mengganggu kawasan jalan raya atau melangkaui kawasan yang tidak sepatutnya tanpa kelulusan pelan. Mereka lakukan sesuka hati.

Ada yang menjadikan rumah mereka kedai atau warung makan hingga menyebabkan sampah dibuang sesuka hati atau menyebabkan bunyi bising kepada jiran-jiran. Ada juga kita terima aduan, ada penduduk tempatan yang cuba menegur, akhirnya mereka pula diugut oleh warga asing ini. Banyak aduan datangnya dari kawasan Klang, Ampang, Kajang dan Petaling Jaya.


Di peringkat Adun pula, bagaimana maklum balas yang diterima daripada mereka mengenai hal ini?

Di kawasan saya sendiri, Cempaka kita juga berdepan masalah warga asing ini. Ada yang berniaga sesuka hati dibahu jalan. Walaupun Adun di kawasan terlibat telah menyuarakannya kepada PBT untuk kes-kes seperti di atas tetapi tiada tindakan yang berkesan. Hangat-hangat tahi ayam sahaja seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Di kawasan-kawasan ramai warga asing, orang tempatan takut hendak keluar. Jika ada warga Afrika, terdapat kaum wanita dan termasuk pelajar-pelajar sekolah yang diganggu.


Adakah kerajaan negeri mengawal kemasukan warga asing?

Kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk kawal kemasukan warga asing. Ia kuasa undang-undang pada Kerajaan Pusat, Jabatan Imigresen di bawah Kerajaan Pusat. Di negara kita ini saya lihat amat senang bagi pelawat untuk masuk ke Malaysia.
Di negara-negara lain, seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom misalnya, setiap pelawat akan ditanya kenapa hendak memasuki negara itu, kena tunjuk bukti ada duit yang mencukupi malah ada yang diperlukan mempunyai tiket balik. Di

Malaysia, kita lihat ramai pelawat atau datang dengan visa pelajar tetapi menjalankan perniagaan seperti menjaja atau aktiviti-aktiviti lain.


Apakah tindakan atau mekanisme yang kerajaan negeri lakukan untuk mengawal masalah yang ditimbulkan warga asing?

Kerajaan negeri telah melancarkan kempen anti memperdagangkan manusia tetapi tidak ada Task Force khusus di peringkat Exco. Setiap Exco mengawal masalah warga asing melalui portfolio masing-masing. Contohnya di bawah Kerajaan Tempatan untuk hal-hal berkaitan warga asing di peringkat PBT.

Di bawah portfolio pelaburan untuk hal-hal berkaitan pekerja -perkerja asing. Ada cadangan majikan-majikan wajib menyediakan tempat tinggal khusus untuk pekerja-pekerja mereka. Di bawah perumahan, mengawal bilangan warga asing di rumah kos rendah sebenarnya ada had bilangan ahli dalam rumah. Ada keputusan Exco hadkan lapan penghuni bagi sebuah rumah kos rendah itu dan tidak boleh melebihi hingga 20 orang. Untuk masalah ini kita telah melakukan operasi mengenal pasti rumah kos rendah yang sesak. Dan kemudian kita ajukan kepada PBT untuk tindakan lanjut.


Bagaimana pula masalah persekitaran kotor yang sering dikaitkan dengan kebanjiran warga asing?

Kita ambil pendekatan yang diambil Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang ada mengeluarkan risalah tentang kebersihan dalam pelbagai bahasa contohnya Indonesia, Vietnam, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain tetapi pada saya ini membuang masa, lebih baik lakukan penguatkuasaan kerana mereka tak peduli.

Ada peruntukan dalam undang-undang kecil PBT untuk kompaun sehingga RM2,000 kepada mereka yang membuang sampah. Undang-undang mesti dikuatkuasa jika tidak ia tidak akan dihormati.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)