Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Johor Darul Ta’zim (JDT) pasukan berisiko tinggi?
#1
Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) pasukan berisiko tinggi?

Itu persoalan yang timbul selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengatakan yang badan induk itu sedang menimbangkan untuk menghalang segelintir penyokong pasukan itu daripada memasuki stadium pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA akhir bulan ini.


Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Seri Wira Salleh Mat Rasid mengumumkan beberapa perlawanan membabitkan pasukan tertentu akan dilabelkan mempunyai risiko tinggi tetapi enggan mendedahkan nama pasukan berkenaan.

Larang masuk

Kini dengan inisiatif terbaharu sedang dipertimbangkan FAM untuk memastikan pertemuan antara JDT dan Pahang di Stadium Darul Makmur 30 Mei ini berjalan lancar, ternyata pasukan dimaksudkan Salleh ketika sidang akhbar berkenaan kempen menghentikan samseng bola sepak pada Februari lalu merujuk kepada JDT sebagai antara pasukan berisiko tinggi.

“Itu antara pilihan yang sedang kita pertimbangkan,” kata Hamidin berkenaan kemungkinan melarang sebahagian penyokong yang dirasakan akan mencetus kekecohan daripada memasuki stadium.

“Kita sudah mengenalpasti kumpulan mana yang sering mencetus kekecohan, dan jika perlu mungkin mereka akan dilarang masuk.

“Apa pun seboleh-bolehnya FAM tidak mahu mengambil tindakan sehingga ke tahap itu. Bola sepak sepatutnya dinikmati tanpa rasa takut dan bimbang akan keselamatan, baik di dalam mahu pun di luar stadium.”

[Image: IMG_101294470462731.jpeg]
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)