Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
'Jet Pack' rekaan anak tempatan Zulkifli Haron membanggakan
#1
[Image: dn_11.1.jpg]

HULU SELANGOR 1 Mac - Rekaan 'Baju Terbang' atau 'jet pack' yang dihasilkan Zull Design Autotronic (ZDA) menunjukkan keupayaan sebenar dalam sesi demonstrasi kepada media hari ini.

Peralatan itu berjaya mengapungkan pengendalinya, Mohd. Muiz Zulkifli, 17, pada ketinggian enam meter selama tiga minit.

Proses kawalan pergerakan 'Baju Terbang' juga semakin sempurna sekali gus membolehkan Mohd. Muiz mengemudi peralatan canggih itu ke kiri atau ke kanan.

Pengasas ZDA, Zulkifli Haron berharap 'Baju Terbang' mampu dikendalikan tanpa menggunakan kabel keselamatan dalam sesi demonstrasi akan datang.

"Bergantung kepada Mohd. Muiz sama ada dia berani atau tidak untuk mengendalikan 'Baju Terbang' tanpa menggunakan kabel keselamatan untuk mendarat," katanya selepas sesi demonstrasi di kawasan lapang berhampiran bengkal ZDA di Sungai Choh, Rawang di sini.

Mingguan Malaysia pada 21 Disember lalu menyiarkan laporan eksklusif tentang 'Baju Terbang' rekaan ZDA yang dihasilkan dengan kos jauh lebih rendah daripada rekaan 'jet pack' yang dihasilkan oleh firma-firma di Amerika Syarikat (AS).

'Baju Terbang' merupakan rekaan 'jet pack' yang ketiga dihasilkan di dunia selepas dua firma AS iaitu Jet Pack International (Jet P.I.) dan Martin Jet Pack.

Peralatan berteknologi tinggi rekaan ZDA itu beroperasi menggunakan empat enjin jet dan berupaya mengangkat berat maksimum beban 80 kilogram (kg).

Bahan api yang digunakan ialah jenis kerosin A1 manakala setiap enjin jet mengeluarkan kepanasan pada suhu mencecah 700 darjah Celsius dengan kuasa tujahan 140 putaran seminit (rpm) ketika melahu (idling) dan 200,000 rpm ketika tujahan maksimum.

Pada sesi demonstrasi 18 Disember lalu, Mohd. Muiz yang juga anak keenam Zulkifli berjaya diapungkan pada ketinggian tiga meter lebih seminit walaupun hanya dua enjin jet yang berfungsi.

Zulkifli menambah, berikutan laporan Mingguan Malaysia itu, ZDA menerima banyak pertanyaan dan permintaan menerusi laman webnya daripada pelbagai pihak yang berminat dengan 'Baju Terbang'.

"Kami menghargai minat mereka namun berharap mereka faham peralatan ini masih di peringkat ujian dan hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu sahaja.

"Ini bukan perkara main-main. 'Baju Terbang' ini begitu besar nilainya dalam aspek kajian kami," jelasnya.

Beliau memberitahu, sebahagian pengunjung laman web ZDA juga berharap soal keselamatan diberi keutamaan ketika ujian 'Baju Terbang' dilakukan.

"Mereka tidak perlu bimbang kerana aspek itu sentiasa diberi perhatian. Kita menyediakan peralatan memadam kebakaran, memasang kabel keselamatan dan pakaian kalis haba," ujarnya.

Menurut Zulkifli, dalam sesi demonstrasi seterusnya, ZDA akan menguji keupayaan 'Baju Terbang' untuk terapung melepasi kenderaan yang tinggi dan lebar seperti lori kontena.
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:
#2
zul tek ni kira tahap legend Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)