Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jenayah Indeks Dan Jenayah Jalanan Catat Penurunan Di Bawah NKRA - Muhyiddin
#1
KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Usaha mengurangkan kadar jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sejak 2010 telah menunjukkan hasil positif dengan jenayah indeks mencatatkan penurunan sebanyak 11.1 peratus sementara jenayah jalanan turun hampir 50 peratus.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai usaha telah diambil untuk mengenal pasti inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan indeks jenayah dan jenayah jalanan demi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih selamat untuk semua. "Hasil yang positif telah berjaya ditunjukkan melalui penurunan kadar jenayah indeks termasuk jenayah jalanan sejak NKRA Pengurangan Jenayah ini dilaksanakan pada 2010.

"Hasil positif turut dicapai apabila Laporan Indeks Keamanan Global (GPI) pada tahun lepas telah mengiktiraf Malaysia sebagai paling negara selamat di Asia Tenggara dan yang ke-19 di dunia," katanya dalam ucapan di majlis Penyampaian Anugerah Emas Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sempena Mesyuarat Agung MCPF ke-19 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.

Muhyiddin yang juga Pengerusi MCPF berkata, ini juga membuktikan komitmen serta hasil usaha yang menyeluruh kerajaan Barisan Nasional bersama inisiatif di bawah Yayasan Pencegahan Jenayah yang telah memberi kesan dan impak amat baik khususnya meningkatkan persekitaran yang selamat.

"Pengiktirafan dan statistik penurunan kadar jenayah ini mencerminkan bahawa PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah mengukuhkan perancangan dan pelaksanaan strategi dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan masyarakat dan negara.

"Di samping usaha PDRM, masyarakat juga perlu terus mengembleng tenaga bagi mencapai matlamat negara makmur, sejahtera dan selamat," katanya. Katanya, institusi kekeluargaan dan nilai murni perlu dipelihara dan dipupuk supaya dapat digunakan sebagai perisai kepada pelbagai masalah sosial yang mengancam masyarakat.

Sementara itu, Naib Pengerusi MCPF Datuk Kamaruddin Md Ali berkata anggota polis bantuan berbangsa Cina perlu ditambah terutamanya di kawasan yang majoritinya kaum Cina.

"Dalam mesyuarat tadi, kita ada usulkan kepada Ketua Polis Negara untuk menambah dan menempatkan anggota polis bantuan berbangsa Cina di kawasan yang ramai kaum Cina bagi memudahkan proses untuk menerima laporan kes serta interaksi yang lebih berkesan antara masyarakat dengan polis," katanya.

Katanya, anggota polis bantuan berbangsa Cina setakat ini hanya mencatatkan hampir tiga peratus sahaja manakala anggota berbangsa India pula 10 peratus dan ianya perlu ditambah.

Kamaruddin berkata, di bawah program Minggu Lawatan Balai Polis 2011 juga mendapati kepuasan masyarakat terhadap layanan serta kualiti perkhidmatan balai serta anggota polis di kawasan mereka dengan mencatatkan peratusan sebanyak 90 peratus.

"Baki 10 peratus itu pula mungkin kerana faktor logistik, kekurangan anggota seperti yang disebutkan tadi dan interaksi dengan orsng ramai yang mungkin perlu diperbaiki," katanya.

Dalam majlis tersebut, enam buah balai polis terbaik seluruh negara di bawah program Lawatan Balai Polis 2011 menerima Anugerah Emas MCPF berupa sijil penghargaan daripada Muhyiddin.

Penerima anugerah tersebut adalah Balai Polis Taman Johor Jaya, JOhor, Balai Polis Sea Park, Selangor, Balai Polis Panching, Pahang, Balai Polis Sungai Bakap, Pulau Pinang, Balai Polis Tambunan, Sabah dan Balai Polis Sentral Sibu, Sarawak.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
biar btl diorg ni..berita tiap hari ada kes ragut,culik,rogol,bunuh dan mcm2 lg xkn index menurun kot :idea:
Reply
Thanks given by:
#3
aa. muskil gak. baca surat kabar hari2 ada kes..
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
nak tipu pn agak2 la.igt rakyat ni mcm menteri2 ke yg tutttt :huh:
Reply
Thanks given by:
#5
Kt mana kita bule dapat Statistik ni, dari statistik, baru tau kadar jenayah..
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)