Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Janji PM mengenai kadar tol
#1
[Image: image.jpg]

UNTUK sementara waktu, kadar tol tidak akan dinaikkan. Berita baik ini ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada ketika orang ramai dilanda keresahan memasuki tahun baharu 2014 dengan serba-serbi naik.

Kata PM, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol, dan pertimbangan mengenai perkara itu hanya akan diputuskan selepas kajian makmal secara mendalam dilakukan.

“Sebarang kenaikan kadar tol tidak akan dilakukan secara melulu, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah perimbangan agar bukan sahaja rakyat tidak terbeban malah syarikat konsesi juga dapat beroperasi tanpa masalah,” kata beliau.

Keresahan mengenai tol tercetus beberapa hari sebelum tahun baharu apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Wahid Omar, memberitahu kerajaan tidak ada pilihan dan terpaksa menaikkan harga tol.

Disebut juga kadar tol baharu untuk 13 lebuh raya mungkin naik antara 50 sen hingga RM2. Kenaikan paling minimum pun pasti akan meningkatkan belanja harian pemilik kenderaan. Bagi yang menggunakan tol purata tiga kali sehari, itu bererti tambahan RM3, kalau sebulan RM90.

Wahid berkata, mana-mana yang tidak mampu bayar tol, gunakan sahaja laluan alternatif tanpa tol. Wahid bukan orang politik, dia cakap cara jujur, cara bisnes. Maka, orang ramai bukan sahaja resah, tetapi marah.

Apa yang dinyatakan oleh Najib, tentu sekali melegakan rakyat, khasnya berjuta-juta pengguna lebuh raya yang saban hari tidak terlepas dari palang tol. Tetapi, kelegaan itu hanya bersifat sementara.

Tol tetap akan naik juga. Hakikatnya ialah, seperti yang dijelaskan PM, pemegang konsesi telah beberapa kali menuntut kenaikan kadar tol, tetapi ditangguhkan sejak 2008. Kalau tuntutan itu tidak penuhi bererti kerajaan akan membayar pampasan RM400 juta.

Apa pun seperti jaminan PM, isu ini akan dibawa ke makmal untuk kajian lebih mendalam. Mudah-mudahan orang ramai boleh mendapat sesuatu yang baik dari makmal tersebut.

*KETIKA semua barang – termasuk teh ais, roti canai, karipap, apam – naik, dan banyak lagi dijangka naik sehari dua ini, ada berita baik (?) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian itu, Akhtar Sahari berkata sebuah pasukan pemikir @ think tank akan ditubuhkan bagi membantu kementerian menangani masalah kos sara hidup.

Pasukan yang dikenali sebagai ‘Pemikir’ itu akan membantu dalam pelbagai isu lain membabitkan kementerian tersebut. Kumpulan berkenaan yang dilantik oleh menteri akan diketuai seorang Pengerusi dan dibantu oleh seorang Pengerusi Ganti yang terdiri daripada tokoh pelbagai latar belakang meliputi bidang korporat serta akademik.

Umum melihat ini hanya menambah belanja kerajaan membayar elaun kepada anggota Pemikir. Apakah sekian banyak pakar ekonomi, pegawai kanan, dan kakitangan kementerian sudah tidak boleh berfikir sehingga perlu ditubuhkan satu pasukan pemikir membantu kementerian? Apakah tidak lama lagi kementerian-kementerian lain juga akan mewujudkan Pemikir?

Kita suka sangat tubuh jawatankuasa khas, pasukan itu, pasukan ini, think tank dan sebagainya. Lantik pengerusi, timbalan pengerusi, anggota hebat-hebat, keluar macam-macam teori, petua dan jampi. Tetapi masalah tidak pernah selesai.

Rakyat biasa yang tidak sekolah pun boleh berfikir. Harga barang setiap hari naik, peniaga mengambil kesempatan hisap darah, dan pengguna keluh kesah. Apa yang rakyat mahu sekarang ialah tindakan tegas ke atas puntianak-puntianak yang terus mencekik dan menghisap darah. Tangkap mereka, bawa ke mahkamah dan hukum. Apakah untuk melakukan itu pun perlu Pemikir?

*AKHIR kalam, tidak lama lagi ‘Gong Xi Fa Cai’. Semua sudah menjangka limau mandarin Tahun Kuda akan lebih mahal. Seperti yang dilaporkan harga buah import dari China itu akan naik antara 20 hingga 60 peratus gara-gara kemarau di daerah Fujian.

Betapa mahal pun, buah emas itu tetap akan dibeli sebab itu buah wajib untuk perayaan. Daging mahal, ikan mahal, sayuran mahal, buah limau pun mahal.

Nampaknya kuda tidak boleh tersenyum dengan semua barang naik. Bolehkah Pemikir membuat kuda tersenyum? Jom kita sama-sama fikir!
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)