Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
'Jangan naikkan harga sempena BR1M'
#1
ALOR SETAR - Para peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga barang sempena pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan mula diagihkan 22 Februari ini bagi peringkat nasional dan 23 Februari bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata KPDNKK akan sentiasa memantau dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan menyaman peniaga yang sengaja menaikkan harga barang.

"Mereka (peniaga) sebenarnya tidak boleh mengambil kesempatan sama ada sempena pemberian BR1M, musim perayaan atau ada hari-hari biasa.

"Jika KPDNKK berjaya mengesan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang ini, kita akan terus menyaman peniaga tanpa memberi amaran kerana perkara ini sudah lama berlanjutan sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kos sara hidup," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata KPDNKK memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk peniaga mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan.

"Sekiranya peniaga ingkar untuk mempamerkan tanda harga pihak KPDNKK akan mengambil langkah menyaman peniaga yang degil.

"Kalau sebelum ini harga barang naik disebabkan faktor cuaca yang menyebabkan bekalan kurang tetapi dengan keadaan cuaca yang sudah kembali normal kita lihat harga barang sudah turun berbanding semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina dulu," kata Ahmad Bashah.

Beliau sebelum itu merasmikan Program '1 Business One Student' (1Bos) peringkat Nasional anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Melayu Malaysia (Perdasama) yang diadakan bagi menggalakkan mahasiswa bumiputera terlibat dalam bidang perniagaan.

"1Bos ini memberi peluang kepada mahasiswa berumur 20 tahun ke atas menggunakan kemudahan yang disediakan Perdasama untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan daripadanya.

"1Bos akan membantu mahasiswa bumiputera dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kolej untuk mempunyai perniagaan sendiri sebelum mereka menamatkan pembelajaran," katanya.

Program 1Bos ini dapat membantu memberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang dunia perniagaan sebenar bagi membantu mereka menimba pengalaman. - Bernama

[Image: image.jpg]
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)