Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
JAWATAN PRESIDEN FAM? INI JAWAPAN TONY FERNANDES
#1
[Image: 150400-4eecd764-bbcd-11e4-a005-b478f5906d65.jpg]

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, sedia mempertimbangkan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika badan induk itu serius mahukan khidmatnya.

"Semalam, kami (AirAsia FC) menang 1-0 ke atas Kementerian Kewangan.

"Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 18 September. Jadi, sasaran utama saya ketika ini adalah AirAsia dapat layak ke divisyen dua.

"Jika anda tanya saya mengenai jawatan sebagai presiden FAM, saya akan mempertimbangkannya," kata beliau sambil berseloroh mengenai pencapaian pasukannya dalam Piala FAM.

Kesediaan Tony menyertai FAM wajar dipandang serius menjelang kongres pemilihan badan induk itu, tahun depan.

Malah, pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunkku Ismail Sultan Ibrahim, juga pernah mencadangkan beliau sebagai calon terbaik berdasarkan kejayaannya membina empayar AirAsia.

Terbaru, beliau mengumumkan atlet Asia Tenggara yang meraih pingat di Sukan Paralimpik Rio 2016 akan turut menikmati ganjaran sama seperti atlet normal.

Pemenang emas akan meraih tiket penerbangan percuma seumur hidup, perak lima tahun, sementara gangsa tiga tahun.

"Saya pasti dengan 150 peratus, kami akan akan melaksanakan perkara yang sama untuk atlet Paralimpik.

"Baik Olimpian di Rio ataupun Paralimpian di Rio, kami anggap mereka sebagai hero dan akan memberi ganjaran buat kedua-duanya."

http://www.stadiumastro.com/ms/article/2...esiden-fam
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)