Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Isu Rayani Air: Ravi jawab isu cek tendang
#1
[Image: image.jpg]

SHAH ALAM - Gara-gara cek ditendang, kira-kira 30 individu berhimpun di pejabat syarikat penerbangan Rayani ‎Air di sini, hari ini.

Mewakili kumpulan itu, ‎ Suzilawati Mohd Sarip berkata, kedatangan mereka ke pejabat itu adalah bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut‎.

Menurutnya, tindakan pihak Rayani Air yang terus berdiam diri memaksa mereka datang ke pejabat syarikat itu hari ini.

Namun kesemua mereka hampa apabila pejabat syarikat tersebut tidak beroperasi seperti biasa.

‎"Saya sudah rugi lebih RM11,000 kerana Rayani Air. Pada mulanya saya membeli tiket berjumlah lebih RM6,000 dengan syarikat itu.

"Apabila syarikat Rayani Air bermasalah, saya terpaksa membelanjakan hampir RM7,000 membeli tiket baharu syarikat penerbangan lain," katanya ketika ditemui Sinar Online, hari ini.

‎Suzilawati adalah antara individu yang gagal menerima pulangan balik tiket kapal terbang yang dibeli dengan syarikat tersebut.

Menurut Suzilawati, ada antara mereka yang ‎kerugian lebih RM12,000 akibat gagal menunaikan cek yang diberi oleh pihak Rayani Air.

Sehubungan itu, pihaknya meminta supaya pihak Rayani Air tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, pengasas syarikat penerbangan Rayani Air, A. Ravi menjelaskan, syarikat mereka tidak memberikan cek tendang, sebaliknya akaun bank dibekukan.

Ravi memberikan jawapan ringkas persoalan menerusi sistem aplikasi sosial, WhatsApp.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/i...g-1.540183
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)