Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Israel henti serang Gaza
#1
BANDAR GAZA - Israel dan kumpulan pejuang di Gaza bersetuju untuk saling menghentikan serangan semalam dalam satu gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.

Perkembangan tersebut berlaku selepas 25 penduduk Gaza terbunuh manakala 80 cedera dalam pertempuran empat hari antara Israel dan Palestin.

Berdasarkan persetujuan itu yang berkuat kuasa pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin, Israel dan Kumpulan Jihad Islam di Gaza bersetuju untuk berhenti melancarkan serangan.

"Terdapat persefahaman bersama (Israel dan pejuang Palestin) dan kami mengikuti perkembangan yang berlaku," kata Menteri Pertahanan Awam Israel, Matan Vilnai dengan menjelaskan bahawa gencatan senjata tersebut tidak melibatkan persetujuan bertulis.

Sejak gencatan senjata itu dipersetujui, bilangan roket yang dibedil ke Israel berkurangan dengan mendadak manakala langit di Gaza turut tenang tanpa kehadiran pesawat pejuang rejim Zionis.

Namun, kedua-dua belah pihak segera memberi amaran gencatan senjata itu akan terbatal jika pihak musuh melakukan tindakan provokasi yang melampau.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa selepas keganasan rejim Zionis berlaku selama empat hari yang bermula dengan pembunuhan Ketua Jawatankuasa Penentangan Popular, Zahir Kaisi oleh tentera Israel pada Jumaat lalu.

Ekoran pembunuhan tersebut, pejuang-pejuang Palestin membedil roket ke selatan Israel yang dibalas dengan serangan udara oleh rejim Zionis. - AFP
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Bagusla.
Reply
Thanks given by:
#3
israeal dh mula takut sbb tu berenti.bom je israel tu..huhu
Reply
Thanks given by:
#4
(03-14-2012, 04:15 PM)rizal Wrote: israeal dh mula takut sbb tu berenti.bom je israel tu..huhu

wahaha, bukan senang, Israel ada Zionis, US pon seriau kt zionis laknatullah ni..
Reply
Thanks given by:
#5
muskil btol. apa hebatnya zionis
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#6
(03-15-2012, 03:00 PM)gamemaster Wrote: muskil btol. apa hebatnya zionis


Dulu saya layan debat yahudi islam pasal Zionis, si Yahudi ni kira tahap ulama dorang la, dia cakap x semua Yahudi sokong kejahatan Zionis.
Reply
Thanks given by:
#7
da stat balik skang ni
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:
#8
pas kena serang marin tu, dia da buat genjatan senjata, tp bule plak bunuh2 orang suka2 hati mak bapak dia je. Sengal punya Zionisssss
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)