Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Irma Hasmie Temui Jejaka di Tanah Suci
#1
Kelihatan tahun ini ramai Selebriti ternama bakal mengakhiri zaman bujang dengan memilih pasangan masing-masing. Antara artis yang telah melangsungkan perkahwinan mereka termasuklah Ana Raffali dan Lisa Surihani. Tidak kurang juga dengan pengumuman Bintang Lakonan Drama Fasha Sanda yang juga mengumumkan bakal diijabkabul dengan jejaka yang diketahui umum merupakan kekasih beliau iaitu Jejai.

Namun seorang lagi Bintang Selebriti yang kini anggun mengenakan pakaian berhijab Irma Hasmie secara mengejut didakwa bakal melangsungkan pertunangannya bersama seorang jejaka yang tidak diberitahu identitinya.

Kisah Gosip Cinta melibatkan Irma dilihat senyap malah ramai di kalangan peminat-peminat Irma berangggapan beliau masih bergelar solo setelah telah memutuskan hubungan cintanya bersama Bintang Raja Lawak 2 Nabil pada tahun 2010 yang mencetuskan kontroversi dunia hiburan seketika.

Namun berita mengenai Majlis Pertunangan beliau yang didakwa bakal berlangsung pada 27 Mac 2012 telah disahkan beberapa pihak termasuklah dari Blog-Blog Hiburan terkenal.

Dikatakan Irma telah mengenali buat pertama kali jejaka bertuah ini ketika menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Kota Mekah. Hubungan mereka dikatakan semakin akrab setelah pulang ke Malaysia sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan.

Irma bakal melangsungkan Majlis ini di lokasi rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor. Berita Kisah pertemuan bersama bakal tunangnya ini meyakinkan peminat-peminat Irma yang sentiasa berdoa akan ianya berakhir dengan Perkahwinan.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
bgsla tu..irma ni pn cantik dh bertudung.jumpa pulak jodoh kt mekah :)
Reply
Thanks given by:
#3
Ingat kawen dengan pak Arab..
Reply
Thanks given by:
#4
tahniah.....
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)