Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
India berjaya uji peluru berpandu baru
#1
BHUBANESWAR, India: India hari ini berjaya menguji peluru berpandu jarak jauh yang mampu membawa peledak nuklear seberat satu tan sehingga ke wilayah China dan negara di luar benua Asia.

Menurut Defence Research and Development Organisation (DRDO) yang membina peluru berpandu itu, Agni V sepanjang 17 meter dengan keupayaan jarak lebih 5,000 kilometer itu dilancarkan pada 8.05 pagi (0235 GMT) dari tapak ujian di Orissa.
“Saya mengumumkan kejayaan pelancaran Agni V...ia mencatatkan sejarah dan membanggakan negara kami dalam bidang teknologi peluru berpandu," kata ketua DRDO, VK Saraswat, kepada saluran berita NDTV.
India menyifatkan Agni V seberat 50 tan itu sebagai pemangkin kepada aspirasi menjadi kuasa serantau dan mengurangkan jurang teknologi dengan China yang memiliki sistem peluru berpandu termaju.

Kejayaan itu juga menjadikan Indian antara beberapa negara yang memiliki peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dengan keupayaan jarak beribu kilometer.

Pada masa ini, hanya lima anggota kekal Majlis Peselamatan PBB iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat, memiliki keupayaan ICBM. - AFP
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
India merupakan negara nuklear Winking
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)