Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ijazah palsu: Sendikit pemalsuan tipu lebih 20 orang
#1
NIBONG TEBAL - Tiga orang, termasuk dua wanita, yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM), didapati telah menipu lebih 20 orang sejak mereka menjalankan kegiatan penjualan sijil palsu tiga bulan lepas.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sindiket terbabit yang didalangi lelaki berusia 20-an itu menawarkan setiap ijazah USM dengan harga RM4,888 menerusi satu laman web khas.

"Modus operandi mereka ialah dengan mengiklankan tawaran sijil ijazah dari USM serta boleh dimasukkan ke dalam pangkalan data universiti berkenaan menerusi sebuah laman web," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan (SPS), di sini hari ini.

Katanya sindiket itu akan meminta mereka yang berminat membeli ijazah berkenaan untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang dimiliki oleh individu tertentu dan mereka juga tidak melayan pelanggan menerusi talian telefon.

Polis masih menyiasat hubungan pemilik akaun bank dengan tiga individu yang ditahan itu dan merampas lapan keping kad ATM daripada ketiga-tiga mereka.

Katanya siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit menggunakan sijil sebenar adik perempuannya yang merupakan bekas pelajar USM dan menggunakan perisian untuk menukarkan nama pada sijil berkenaan.

Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua wanita yang ditahan itu adalah teman wanita lelaki terbabit dan seorang daripada mereka adalah siswazah USM manakala seorang lagi siswazah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

"Kita menjalankan risikan dan intipan sejak dua bulan lepas berikutan laporan polis yang dibuat oleh USM berhubung penjualan ijazah universiti berkenaan menerusi satu laman web sebelum berjaya menahan mereka," katanya.

Katanya mereka yang berusia 20 hingga 26 tahun itu kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 dan 468/471 Kanun Keseksaan.

Mereka ditahan di sebuah rumah di Kampar, Perak dua hari lepas dan polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk 12 unit komputer serta lima unit komputer riba yang dipercayai digunakan bagi pemprosesan ijazah berkenaan. -- Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
ijazh pelesu pun dorang buat bule buat main tipu2 eh. Siap sendikit lagi
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)