Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Identiti kerabat Johor yang didakwa memukul SonaOne didedahkan
#1
17 Apr – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden yang berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, dimana seorang pemuzik, SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael Adam, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter-nya.

"Tunku Mishal Ibrahim (kerabat Johor), bashed Mikael Lozach repeatedly when he pulled him out of his car. Result: fractured cheekbones.#justice," kata Hunny di laman Twitter-nya.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.

"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice," kata Hunny lagi.

Mesti ramai yang tertanya siapakan Tunku Mishal ini. Nama penuhnya ialah Tunku Mishal Sharin bin Ibrahim, dan dia sah merupakan seorang kerabat Diraja Johor. Sila lihat disini untuk kepastian, http://www.royalark.net.

Kes ini telah diisukan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan TMJ memberi respon tidak mahu mengaku bahawa Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah dikatakan TMJ menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/i...00500.html
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)