Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ibrahim Ali dijatuhkan hukuman penjara, denda
#1
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM20,000 dan penjara sehari ke atas presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali atas kesalahan menghina mahkamah.

Hukuman denda dan penjara turut dikenakan ke atas penulis Zainuddin Salleh atas kesalahan yang sama.

Bagaimanapun Zainuddin telah ditetapkan oleh mahkamah agar menjalani hukuman penjara selama empat minggu yang berkuatkuasa hari ini.

Kedua-dua mereka dihukum setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung satu artikel berkaitan seorang hakim yang disiarkan dalam laman web PERKASA.

Pada 7 Januari lalu, salah seorang penulis laman web PERKASA, Zainuddin Salleh telah menerbitkan satu artikel yang dianggap mencalar imej salah seorang hakim Mahkamah Tinggi.

Kandungan artikel tersebut didakwa telah menyerang keperibadian hakim tersebut.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/ibra...a-25670?cp
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)