Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
[ISU RansomWare ]Cetuskan kekecohan seluruh dunia
#1
[Image: 13spital.transformed_0.jpg]

Pandangan Hospital Royal London, di London, Britain, salah satu daripada beberapa hospital dan institusi yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Kebangsaan Kesihatan Britain (NHS) yang dilanda serangan ransomware siber besar-besaran, menyebabkan kegagalan kepada sistem komputer, menurut kenyataan NHS Britain. - Foto EPA

WASHINGTON: Gelombang serangan siber yang bergerak pantas melanda seluruh dunia dengan mengeksploitasi kelemahan yang terdedah dalam kebocoran dokumen Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat.

Serangan itu, yang dikatakan pakar memberi kesan kepada puluhan negara, menggunakan teknik diketahui sebagai ransomware yang mengunci fail pengguna kecuali mereka membayar jumlah ditetapkan penggodam dalam bentuk mata wang maya, Bitcoin.

Antara pihak yang terjejas berikutan serangan itu adalah rangkaian komputer di hospital di Britain, Kementerian Dalam Negeri Russia, syarikat telekom gergasi Sepanyol, Telefonica dan firma penghantaran AS, FedEx dan beberapa pertubuhan lain.

Pusat Keselamatan Siber Britain dan Agensi Jenayah Kebangsaan negara itu menyiasat kejadian di United Kingdom, yang mengganggu perjalanan di kemudahan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

"Ia tidak menyasarkan NHS, ia adalah serangan antarabangsa dan beberapa negara dan pertubuhan terjejas," kata Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Kementerian Dalam Negeri Russia berkata, beberapa komputernya terjejas oleh 'serangan virus' dan usaha sedang dijalankan untuk memusnahkan ia.

Pasukan tindak balas kecemasan komputer Jabatan Keselamatan Dalam Negeri berkata, ia menyedari jangkitan ransomware di beberapa negara seluruh dunia.

Pakar di firma keselamatan Avast, Jakub Kroustek, berkata dalam blog yang disiarkan: "Kami kini melihat lebih 75,000 jangkitan di 99 negara." - AFP

[Image: 13virus.transformed.jpg]
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)