Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hutang langsai tapi masih diburu
#1
KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah melangsaikan hutangnya daripada individu dipercayai ah long, seorang peniaga masih dikejar dan diburu seolah-olah mangsa masih berhutang dengan pemberi pinjaman wang tersebut.

Difahamkan, wanita berusia 37 tahun dari Kampung Wakaf Mempelam, di sini, itu kini hidup dalam ketakutan akibat masih diugut oleh individu tersebut bersama konconya yang kononnya menuntut baki hutang sebanyak RM600.

Menurut sumber, dalam kejadian Isnin lalu, kira-kira jam 10 pagi, mangsa berada di kedainya di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, sebelum didatangi tiga lelaki yang salah seorang daripadanya dikenal dengan nama Along.

“Lelaki dikenali itu telah menghampiri mangsa dan menuntut baki hutang sebanyak RM600, sedangkan mangsa mendakwa sudah menjelaskan kesemua hutang itu pada hari Wesak lalu.

“Disebabkan penjelasannya enggan didengar, mangsa menyuruh lelaki itu berjumpa dengan suaminya, 48, di rumah mereka untuk mendapatkan bukti memandangkan suaminya yang telah menyelesaikan bayaran tersebut sebelum ini,” katanya.

Kata sumber, lelaki itu bersetuju untuk ke rumah pasangan berkenaan dengan syarat akan membawa anak lelaki mereka yang berusia dua tahun setengah sebagai cagaran, namun mangsa tidak bersetuju.

“Pada mulanya lelaki itu cuba bertindak kasar mengambil anak pasangan itu yang kebetulan berada bersama mangsa.

“Bagaimanapun, disebabkan ketika itu ramai pelanggan berada di dalam kedai mangsa, jadi, dia terpaksa beredar begitu sahaja,” katanya.

Jelas sumber lagi, kira-kira jam 6.30 petang hari sama, lelaki tersebut bersama konconya telah datang semula ke kedai mangsa dan secara kebetulan ketika itu, suami mangsa ada di dalam kedai.

“Lelaki terbabit telah keluar dari kereta sambil memegang kayu dan melihatkan situasi itu, suami mangsa bergegas mencapai sebatang rotan yang ada di dalam kedai mereka bagi mempertahankan diri sekiranya lelaki itu bertindak di luar kawal.

“Terkejut dengan tindakan berani suami mangsa, lelaki tersebut masuk semula ke dalam kereta sebelum bertindak mengundurkan keretanya ke arah mereka, namun pasangan itu sempat mengelak sebelum bertindak memukul kereta tersebut sehingga mengalami sedikit kerosakan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendakwa sebelum ini, pada 5 Julai lalu, lebih kurang jam 10 pagi, individu sama bersama konconya ada juga datang ke kedainya tetapi hanya memberi amaran dan tidak bertindak agresif seperti hari kejadian.

Mangsa yang berasa takut dan terancam serta bimbang kejadian buruk berlaku ke atas dirinya serta keluarga kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Katanya, susulan laporan, dua suspek yang berusia 28 dan 37 tahun telah ditahan pada Selasa lalu dan mendapat perintah tahanan reman sehingga Jumaat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)