Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hutan di Pasir Mas musnah terbakar
#1
[Image: image.jpg]

PASIR MAS - Hampir 150 hektar hutan di Kampung Cherang Hangus di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku sejak 5 April lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kelantan Azmi Osman berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kebakaran dan tidak menolak kemungkinan terdapat petani yang melakukan pembakaran terbuka bagi membersihkan kebun mereka.

"Kami mengambil masa selama seminggu untuk memadamkan kebakaran hutan ini bagi mengelak api merebak ke kawasan kebun getah dan kelapa sawit berhampiran tempat kejadian yang boleh menjejaskan pendapatan penduduk.

Kami akan menjalankan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kebakaran hutan ini kerana cuaca sekarang panas dan menyebabkan api lebih cepat merebak," katanya ketika melakukan tinjauan di kawasan terbabit hari ini.

Beliau berkata, 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tunjong, Kota Bharu menyertai operasi memadam kebakaran hutan itu.

"Sebanyak sebuah jentera, lima unit pam air yang digunakan untuk menyedut air dari parit yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kebakaran sebelum disalurkan kepada tiga 'water damp' untuk menyimpan bekalan itu.

"Selain itu, 25 anggota itu dipecahkan kepada dua kumpulan, masing-masing dengan kekuatan 10 hingga 13 anggota ditugaskan secara bergilir-gilir dalam dua syif kerja selama 12 jam sehari bagi memadam kebakaran terbabit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azmi berkata, pihaknya juga melakukan pemantauan di semua daerah di negeri ini yang dikenal pasti sering berlaku kebakaran hutan, terutama Rantau Panjang di Pasir Mas dan Bachok.

"Secara keseluruhannya kami berjaya memadam kira-kira 350 hektar hutan dan menyelamatkan ratusan hektar tanah pertanian daripada musnah sejak Januari hingga Mac lepas," katanya. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)