Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hunger Games versi realiti bakal diterbitkan, peserta dibenar bunuh, rogol
#1
[Image: russia%20hunger%20games%202.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

Antara peserta yang disenarai pendek.

[Image: siberia.jpg]

[Image: 3B672AE300000578-4036244-image-m-49_1481795317243.jpg]

Jutawan Rusia, Yevgeny Pyatkovsky

MOSCOW: Bagi peminat filem siri Hunger Games yang terkenal dengan permainan survival antara peserta yang sanggup berbunuhan antara satu sama lain demi meneruskan hidup, anda bakal disajikan dengan adegan sebenar seperti filem itu tidak lama lagi.

Ini kerana seorang jutawan Rusia, Yevgeny Pyatkovsky, akan mengadakan program realiti televisyen baharu yang berkonsepkan filem Hunger Games, bermula Julai nanti.

Program itu akan diadakan di sebuah kawasan terpencil di Pulau Siberia dan penganjur tidak akan campurtangan sekiranya peserta berdepan situasi menakutkan termasuk dirogol atau dibunuh.

Setiap peserta hanya diberikan sebilah pisau dan perlu meneruskan hidup selama sembilan bulan dengan risiko diserang beruang, serigala dan haiwan buas lain.

Malah produser program itu mendakwa, mereka tidak akan menghentikan permainan walaupun peserta mahu melahirkan anak.

Meskipun terpalit kontroversi ekoran undang-undang tersebut, persiapan untuk program itu sudah hampir selesai dan antara peserta yang akan terlibat termasuk jurulatih renang, ejen perisik, pekerja profesional dan beberapa individu lain.

Penganjur turut memasang 2,000 kamera di kawasan pertandingan untuk merakam dan menyiarkan permainan itu secara langsung menerusi laman web.

Walaupun mengakui sebarang kejadian rogol atau bunuh tidak akan diganggu, tetapi penganjur menegaskan peserta yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang Rusia.

Pada awalnya, penganjur meletakkan peraturan yang membenarkan segala perbuatan termasuk bergaduh, arak, membunuh, merokok dan apa sahaja.

Tetapi mereka memadamkan semula peraturan itu.

Ditanya sama ada kejadian rogol atau bunuh akan dihentikan jika berlaku, pengasas program itu, Yevgeny Pyatkovsky berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil.

"Saya pasti akan berlaku pergaduhan dan lain-lain.

"Kami tidak kisah tentang reaksi negatif jika situasi itu berlaku," kata jutawan Rusia itu.

Kawasan Siberia itu terkenal kerana mempunyai banyak beruang dan baru-baru ini jumlah tersebut telah meningkat dua kali ganda selepas berlaku penghijrahan binatang itu dari wilayah Krasnoyarsk akibat kebakaran hutan.

Suhu kawasan itu akan mencecah 35 darjah celsius pada musim panas dan negatif 50 darjah celsius pada musim sejuk, dan peserta hanya diberikan sehelai baju sejuk sepanjang tempoh pertandingan.

Penganjur memberitahu mereka akan mengeluarkan peserta yang diserang beruang, namun mengingatkan bahawa mereka tidak akan sempat untuk diselamatkan kerana beruang boleh berlari laju.

Satu latihan jangka pendek akan diberikan untuk bagaimana peserta berdepan dengan beruang liar.

Setakat ini seramai 300 peserta telah disenarai pendek dan netizen akan mengundi siapa yang layak.

[Image: nintchdbpict000307767856.jpg?strip=all&w...uality=100]

Satu latihan jangka pendek akan diberikan untuk bagaimana peserta berdepan dengan beruang liar.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/03/13/hunger-games-rusia/#zQH0byqcVDAlDmUe.99
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
mana ada... Ni kira trafficking.. Masak kalau kena tahan
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)