Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Honda Malaysia panggil semula 147,894 kenderaan masalah beg udara
#1
[Image: accord2011_1466658576.jpg]

Honda Accord antara model yang terjejas.

Kuala Lumpur: Honda Malaysia memanggil semula 147,894 unit membabitkan lapan model keluarannya yang dikilangkan antara 2003 hingga 2011 berikutan masalah beg udara penumpang hadapan.

Inisiatif yang diambil oleh Honda Malaysia ini adalah bagi menggantikan alat pengembung beg udara penumpang hadapan.

Antara model yang terlibat ialah Accord dengan 46,832 unit, City (52,345), Civic (23,701), CR-V (15,938), Freed (2,582), Insight (5,053), Jazz (899) dan Odyssey (544).

Menurut kenyataan Honda Malaysia, model yang dalam penjualan sekarang tidak terjejas.

Notis akan dihantar kepada semua pemilik yang terlibat dan mereka perlu membawa notis berkenaan bersama kenderaan ke pusat servis bertauliah untuk pemeriksaan dengan segera.

Kerja-kerja penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat ganti sudah ada dan semua kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia, katanya.

Pemilik juga boleh memeriksa status kenderaan masing-masing dengan menghubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)