Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Honda City 2014 dilancarkan secara rasmi
#1
Akhirnya Honda City serba baharu yang dinanti-nantikan selamat ‘mendarat’ ke pasaran Malaysia pada hari petang ini. City generasi keempat ini telah pun menerima tempahan sebanyak 1,800 unit dan ia merupakan respons yang cukup positif selepas dipromosikan diperkenalkan dalam satu majlis bersama pihak media bulan lalu.

Menawarkan empat varian iaitu City S, City S+, City E dan City V, yang dilengkapi segala keperluan mengikut standard semasa. Ia dijanakan oleh enjin yang telah diberi penambah baikan iaitu 1.5L SOHC I-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan puncak tork 145 Nm pada 4,600 rpm

Untuk pasaran Malaysia, City serba baharu ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Modern Steel Metallic, Alabaster Silver Metallic, Taffeta White, Crystal Black Pearl dan warna baharu yang cukup menarik, Brilliant Sporty Blue Metallic

Harga atas jalan berserta insurans yang ditawarkan ialah RM75,800 (S), RM78,800 (S+), RM83,800 (E) dan RM90,800 (V). Setiap pembelian akan disertakan dengan waranti selama lima tahun dengan pembatuan tanpa had dan penyelenggaraan berselang seli sehingga 10,000km.

Bukan itu sahaja, City serba baharu ini juga didatangkan dengan dua pakej aksesori iaitu Honda’s Genuine Accessories bernilai RM1,700 dan pakej Modulo berharga RM3,200 untuk membolehkan para pelanggan memberikan kelainan pada City mereka


[Image: City44_650x433.jpg]

[Image: City48_650x433.jpg]

[Image: City51_1024x682.jpg]

[Image: City54_1024x682.jpg]

[Image: Honda_City_Spec_Sheet.jpg]
how to capture screen

http://www.infokereta.com/5415/honda-city/
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)