Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Harith Iskander yakin ke final pertandingan komedi antarabangsa
#1
[Image: harith-iskander-funny.transformed.jpg]

KUALA LUMPUR: Pelawak, pelakon dan pengacara Harith Iskander dipilih menyertai pertandingan komedi Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory

Harith, 50, berkata beliau akan melalui pusingan pertama secara online, bermula 2 September hingga 2 Oktober depan sebelum dipilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Finland, Disember nanti

Kata bapa kepada tiga cahaya mata itu, beliau akan bersaing bersama 86 pelawak lain dari 55 negara

"Pihak Laugh Factory menjemput saya menerusi e-mel bagi menyertai pertandingan ini, dengan menghantar sebuah video persembahan berbahasa Inggeris

"Selepas membuat kaji selidik mengenai syarikat itu, saya terus menghantar video persembahan terbaik saya

"Hanya seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir. Berdasarkan video peserta lain, saya yakin mampu bersaing dengan mereka untuk ke Finland," katanya ketika dihubungi BH Online

Sementara itu, Harith menyifatkan penyertaannya dalam pertandingan itu bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya mahu mengharumkan nama negara menerusi bidang komedi

Malah, Harith lebih menonjolkan persembahan komedi berkonsepkan budaya Malaysia untuk dikenali di seluruh dunia

"Menerusi pertandingan ini, juara berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat

"Memang peluang itu diidam-idamkan oleh sesiapa saja dalam bidang ini, tetapi tujuan utama saya adalah untuk mengharumkan nama negara menerusi komedi budaya Malaysia," ujarnya

Bagi pusingan pertama, Harith memerlukan sokongan masyarakat tempatan untuk menekan 'like', 'follow' dan 'share' di laman sosial menerusi http://indi.com/7fzcm

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192657
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)