Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Harith Iskandar dikecam buat lawak pasal hudud dude
#1
[Image: Harith+Iskandar+Buat+Lawak+Kurang+Cerdik...+Hudud.png]

Kuala Lumpur: Status yang dimuat naik pelawak terkenal Harith Iskander menerusi Twitter mengenai hukum Hudud mengundang pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat semalam.

Walaupun dilihat berunsurkan jenaka ia dikecam segelintir pihak yang melihat status itu seperti mempersendakan hukum Islam.


Pendakwah bebas Imam Muda Asyraf yang dihubungi semalam, berkata, sebagai selebriti tindakan yang mengelirukan itu boleh mengundang salah faham jika disalahertikan pihak tertentu.


“Saya tak berani nak komen secara spesifik sebab tak baca status itu. Tapi mungkin kalau secara umum saya boleh katakan tindakan itu boleh mengundang salah faham jika tiada penjelasan daripada pihaknya.


“Memang kita tak boleh sama sekali mempersendakan Islam, tapi kita juga kena tahu tujuan dan alasan di sebalik tindakannya yang memuat naik status itu.


“Beliau perlu memberikan penjelasan adakah ia memang berniat mempersenda atau apa alasannya sebab ia menimbulkan salah faham,” katanya.

Bagaimanapun, Harith gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.


Asyraf berkata, bagaimanapun masyarakat tidak perlu terburu-buru menjatuhkan hukum atau menimbulkan kontroversi selagi tiada penjelasan daripada pihak Harith.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)