Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Harga minyak dunia naik
#1
[Image: minyak.transformed_2.jpg]

SEOUL:Harga minyak dunia naik berikutan serangan berterusan tentera bersekutu di Yaman dan Syria mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan bekalan daripada rantau Asia Barat. 


Kontrak minyak mentah AS naik satu cents pada awal dagangan kepada AS$57.15 setong selepas susut 59 cents kepada AS$57.15 pada penutupan Jumaat, selepas mencatat paras tertinggi baharu tahun ini AS$58.41 pada Khamis. 

Kontrak Brent pula naik tujuh cents kepada AS$63.35 setong. Pada penutupan Jumaat, Brent naik 43 cents kepada RM65.28. 

Pertempuran di Yaman semakin sengit semalam apabila tentera bersekutu diterajui Arab Saudi mempertingkat serangan bagi melumpuhkan pemberontak Houthi yang disokong Iran. Menteri Luar Yaman, Riyadh Yaseen semalam menolak tawaran rundingan damai ditawarkan bekas presiden Ali Abdullah Saleh dengan alasan serangan Arab Saudi belum dapat melumpuhkan kerajaannya. 

Dalam pada itu, pasaran ekuiti juga ditutup tinggi Jumaat lalu berikutan pendapatan korporat yang lebih baik serta rekod tertinggi baharu Nasdaq sekali gus menyemarakkan keyakinan pelabur. - Reuters 
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)